'Solitaire' Kenangan Zaman Kanak-Kanak ke Masa Depan | Baru-baru ni, Bie ada terjumpa 1 laman web ni Solitaire.org. Tak sangka, Bie jumpa kenangan zaman kanak-kanak ni di internet. Bayangkan, kali terakhir Bie main game Solitaire ni dalam lingkungan umur 8-10tahun.


Jika kalian lahir tahun 80-an dan pernah menjadi salah serorang kanak-kanak yang pernah bermain 'Solitare'. Itu bermakna, kini telah berinjak menjadi lelaki dan perempuan dewasa yang pernah ada kenangan bermainan permainan yang sedia ada dalam komputer besar gedabak dulu dan boleh bermain sepuasnya, walaupun tanpa jaringan internet bukan?

Bila Bie terjah masuk dalam laman web Solitaire.org ni, memang tak sangka sangat-sangat. Rupa-rupanya ada banyak lagi games kenangan zaman kanak-kanak kita dalam laman web tu. Bie apa lagi, daripada status mak-mak orang sekarang. Tiba-tiba menjerit kegirangan sebab dapat main games masa kecik, perasannya umpama kembali ke masa silam. Melampau betul!

Selain Solitaire, ada 3 lagi games yang Bie suka dalam laman web ni. Antaranya;

1. Garden Secret Hidden Object games, Klik disini 



Games ini adalah kegenmaran Bie. Mencari barang yang tersembunyi dalam tempoh masa yang diberikan. Fuh! panik juga nak habiskan bermain sebab makin lama, saya yang diberikan semakin singkat. Jadi mata kena tajam mengenal pasti objek-objek yang sembunyi tu. Ada banyak lagi hidden object games dalam laman web ni, boleh ke sini,https://www.solitaire.org/garden-secrets-hidden-objects/

2. Candy House games, klik disini

Yang ni, zaman sekarang orang panggil candy crush. tapi zaman asalnya dulu. Nama games ini ialah Candy House. Comel kan? Semestinya, nostalgia kenangan zaman kanak-kanak kita akan terkenang kembali. https://www.solitaire.org/candy-house/

3. Zuma Ball games, klik disini

Ha! pernah main zuma games tak? Mesti pernah kan? sebab Bie pun pernah main masa kecik-kecik dulu. Aduhai, semua games dalam laman web ni menggamit kenangan betullah. Kalian wajib cuba tau kalau nak rasa sendiri kenangan itu. Kalau layan sorang-sorang tak best, kita mesti kongsikan dengan kawan-kawan yang lain. Klik disini, untuk main https://www.solitaire.org/zuma-ball/

Terkadang, dalam kesibukan kita mencari rezaki. Kita juga ingin berehat sebentar dan melegakan fikiran dengan mengubah sedikit tumpuan kita kepada sesuatu yang menyeronokkan kita. Semestinya kembali ke zaman kanak-kanak yang penuh keseronokan. Akhir kata daripada Bie, selamat bermain games di https://www.solitaire.org/ dan kembali ke zaman kanak-kanak kita yang dah lama kita tinggalkan itu.

4 Ulasan

  1. masa remaja dulu memang suka sangat main game di laptop

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita Syaz, kadang kala boleh buat penghilang bosan juga kan?

      Padam
  2. aishhh mcm best je ni.. nt free2 blh layan game ni.. haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx