DIY Doorgift Majlis Akikah & Kesyukuran | Rindunya nak buat doorgift lagi! Tiba-tiba hari ini ditahun 2021 ini rasa rindu nak imbas kenangan buat doorgift untuk Majlis Akikah dan Kesyukuran tahun lepas. Selalunya, ramai orang akan pilih makanan sebagai doorgift kan? kali ini, Sejadah dan tasbih digital menjadi pilihan Bie sebagai cenderamata kepada para tetamu yang hadir.


Warna tema untuk majlis ialah oren dan hijau. Mula-mula pening kepala juga mencari idea dan kesinambungan warna yang sesuai untuk warna tema majlis ni. Majlis Akikah untuk anak perempuan, sinonim dengan warna pink kan? Demi mencari kelainan dan mencabar minda kreatif untuk berfikir diluar kotak. Bie usahakan juga sedaya upaya cari idea untuk DIY sendiri doorgift yang jimat dan murah! Alhamdulilah, berhasil!



Untuk doorgift majlis kali ini, Bie memilih dekorasi yang simple dan sweet. Biar nampak kemas dan menarik! Disini, Bie kongsikan juga bahan-bahan yang Bie gunakan untuk projek DIY kali ini dan nama-nama kedai Shopee yang saya beli semua bahan-bahan ini.

Bahan-Bahan yang diperlukan :

1. Kotak (Corrugated Box)


Saiz kotak yang digunakan ialah 200x140x40mm
RM27.38 /50 pc
Nama kedai Shopee : cozy_eyewear

2. Sejadah Muka


Sejadah muka ini daripada turkey. jenis tenun dan tak berbulu
RM150.00 /50 pc
Nama kedai di Shopee : pbtm20178

3. Tasbih Digital



Bie suka tasbih ni, ada bekas, ada lampu dan tahan lasak berbanding 
yang jenama lain-lain.
RM3.40 /pc
Nama kedai di Shopee : siming668.my

4. Label Tag (Tag Box)


Bahagian label ni, Bie gunakan Ai. Tapi, kalian boleh juga
gunakan Canva saja dengan ukuran design 18 x 4 cm
kemudian print seperti biasa diatas kertas stiker.
Muat turun Desain Tag Box : Download AI

5. Beg Kertas


Paper bag ini, Saiz M (27x21x11cm)
RM1.50 / pc
Nama kedai di Shopee : letspartywholesale

Kebanyakkan daripada bahan-bahan DIY Bie beli daripada Shopee sahaja. Disebabkan masa ni, dah mula pandemik. Jadi, aktiviti mencari barang-barang menjadi sangat terhad.



Susun barangan didalam kotak begini, kemudian;


Lekatkan tag box diatas kotak begini. Terpulang kepada
kreativiti masing masing.

Selamat mencuba!


Sekian,
Bie

2 Ulasan

  1. nmpk simple tp menarik! mmg kena sgt sejadah + tasbih digital..

    BalasPadam
  2. Hadiah menarik, packaging pun cantik

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx