Assalamualaikum w.b.t, disebabkan ketidak stabilan keadaan dan situasi semasa. Bie dan suami bersetuju untuk home schooling kan anak-anak kami. Sejak tahun lepas, kami kesiankan anak-anak yang dah bersemangat untuk belajar dan untuk ke sekolah. Tetapi terhalang dek PKP dan arahan penutupan premis dan sekolah bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 terus berlaku.

Langkah pertama Bie adalah membuat jadual waktu pelajaran anak-anak. Objektif utama 'homeschooling' ni adalah untuk memastikan anak-anak pandai membaca, menulis dan mengira. Lain-lain ialah pelajaran sampingan yang mereka perlu tahu setara untuk usia mereka. 

Jadual waktu pelajaran ni penting untuk Bie sebenarnya, sebab dalam masa yang sama juga.Bie juga bekerja dirumah. Kalau tak ada jadual ni. Alamatnya ke laut dalamlah perancangan pelajaran tu.

Yelah, kalau jadi cikgu pun mesti kena sediakan perancangan pelajaran kan. Marilah kita merancang yang terbaik untuk anak-anak kita dan masa depan mereka. 

Pandemik bukan alasan untuk mereka tercicir dan menjadi seorang yang buta huruf. Jangan terleka! Pesanan untuk diri Bie sendiri. 

Terus semangat!

Disini, Bie kongsikan jadual waktu yang Bie dah buatkan untuk anak-anak sepanjang proses homeschooling mereka tahun ini.





Semoga Allah memberikan kemudahan dan melancarkan semuanya.
InsyaAllah. Amin.

2 Ulasan

  1. nice. kena ada plan, baru kita boleh execute kan. if not, meraba-raba la kita :) hi hi hi...
    as for aida, semua da bersekolah. aida yg folo rentak jadual kelas diorang. weekend plak aida masukkan diorang online tuisyen. to cover last year's silibus. tak tau la how long diorang kena belajar di rumah.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx