Assalamualaikum w.b.t semua, hari ini Bie nak kongsikan dengan semua antara blog-blog yang selalu jadi rujukan Bie sepanjang Bie membesarkan anak-anak. Yelah, kita ni kan ibu moden. Kadang kala, ilmu keibubapaan yang kita dapat daripada ibu bapa kita sesetengahnya dah tak releven digunakan pada zaman kini. Jadi, Bie ambil pendekatan untuk google dan gunakan ilmu dan perkongsian ibu atau mommy blogger malaysia terkenal untuk dijadikan sumber rujukan daripada blogger terkenal malaysia 

Bie sebagai ibu dan mommy blogger malaysia juga suka juga berkongsi ilmu keibubapaan, DIY dan aktiviti-aktiviti kekeluargaan untuk tujuan rujukan sahabat, pembaca blog Bie dan generasi akan datang yang sama seperti Bie. Bie harap, perkongsian senarai ini serba sedikit dapat membantu anda semua untuk membuat 'blog walking' dan rujukan dalam membesarkan anak-anak.

Walaupun terdapat lebih ramai lagi blogger-blogger diluar sana, Bie hanya pilih yang mana blog paling banyak dikunjungi oleh Bie dan paling kerap Bie baca perkongsian mereka. Sama ada di blog atau sosial media mereka.

Berikut Top 26 Mommy Blogger Popular Malaysia Untuk Tahun 2021

1. Siti Awadah (www.sishawa.com) - Sis Awa sudah 4 tahun, mula menulis blog bermula 2017. Beliau merupakan ibu kepada 6 anak yang merupakan surirumah sepenuh masa yang menjana pendapatan bulanannya dengan Adsense

2. Ardini Humaira (www.ilhamdini.com) - Ardini berpengalaman menulis blog selama 13tahun, bermula 2008. Ibu kepada 2 orang cahaya mata, keguguran 5x, berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5x keguguran), minat menulis sejak zaman sekolah. buat blog sekadar suka suka macam diari awal 2008, serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010

3. Mrs Pip (www.mrspip.com)Mrs Pip berpengalaman menulis blog selama 6 tahun, Bermula 2015 Ibu kepada 3 anak, surirumah sepenuh masa, suka layan KDrama, berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013.

4. Lea Razali (www.eksplorasilea.com) - Lea telah 7 tahun menimba pengalaman menulis blog, bermula 2013. Ibu kepada 2 orang anak,suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Blog perkongsi resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog

5. Azlinda (www.azlindaalin.com) -  Beliau berpengalaman menulis blog selama 8 tahun, bermula 2012 Mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga

6. Fuzy Rahamah Hamid (www.iamfuzy.com- Beliau berpengalaman menulis blog selama 15 tahun, bermula 2006. Umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa, mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS)

7. Mamy Syu (annursyuhadah.com) - Mamy Syu berpengalaman menulis blog selama 8 tahun, bermula sejak 2012. Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan,review,resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun)

8. Alia Farhan Said (www.aliafarhan.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 13 tahun bermula 2008. Mom of 2 princesses. Love cooking &Travelling. Mula berblog utk suka2 dan meluahkan perasaan ketika stress masa belajar dulu-dulu

9. Wan Rokiah (Wawa)(www.mommywawa.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 8 Bulan, sejak May 2020. Ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense. Juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.

10. Chaza Xiaojie (www.cxopportunities.com - CX berpengalaman menulis blog selama 10 Tahun, June 2011. Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil.  Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji

11. Nurul Aleya (apakatamommy) (www.apakatamommy.com) - Nurul berpengalaman menulis blog selama 10 bulan sejak March 2020. Mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Jb, terus join jdt blogger dan buat blog baru. start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi.

12. Nora (Izarra) (www.ummizarra.com) - Izarra berpengalaman menulis blog selama 13 tahun, bermula 2008. Mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka2 update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update. sebab masih sayang pada blog maka masih ada www.ummizarra.com

13. Ciktom (www.ciktom.com) - Ciktom berpengalaman menulis blog selama 11 tahun, bermula 2010 ibu kepada sepasang cahaya mata. fulltime mommy blogger. awal berblog byk share tips, tutorial blogging & cara buat duit online. sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling & emas sebagai hobi 😂

14. Yaya Azura (www.yayaazura.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 11 tahun, bermula Jan 2010 ibu kepada 2 oranv anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.

15. Rozita (www.ceritaita.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 13 tahun,  bermula 2008 ibu kepada 5 orang anak,  4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah, menulis blog bermula sebagai hobi,  menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti,  tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi.

16. Bonde Zaidalifah (www.bondezaidalifah.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 11 tahun, bermula 2010. Bonde kepada seorang puteri, Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen

17. Meksah (www.meksah.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 8 bulan, bermula 2020 Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina Blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman.

18. Fadzi Razak (www.fadzirazak.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 6 tahun, bermula 2014. Fadzi merupakan mak kepada 2 orang anak lelaki, Aneeq dan Anas. Mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Selalu menulis berkaitan dengan family lifestyle. Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah. Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti. Bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah,

19. Maesarah (www.mysarahstories.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 13 tahun, sejak 2007. Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah

20. Atul Hamid (www.atulhamid.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 5 tahun bermula September 2016. Merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.

21. Zaza Azman (www.zazaazman8.com)  - Beliau berpengalaman menulis blog selama 1 tahun,  bermula Januari 2020. Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama Monsta, mama untuk sepasang anak2 monsta comel. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yg mengisarkan perkembangan anak2

22. Marina Bashah (www.marinabashah.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 2 tahun,  sejak Feb 2019 ibu bekerjaya. ibu kepada 3 anak dara. selalu kongsi mengenai persekolahan anak. tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak

23. Aida Hanafiah (https://www.adianiez.com/) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 11 tahun 9 bulan. Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.

24. Siti Rohaida (https://kisahsidairy.com) - Beliau berpengalaman menulis blog selama 11 tahun bermula 2010 Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan,kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

25. Norhana Rosmida  (www.hannamaruku.com) - Hana berpengalaman menulis blog selama 14 tahun, since 2017 Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

26. Sharina  (opzzpinky) (www.opzzpinky.com) -Sharina berpengalaman menulis blog selama 11 tahun sept2010 ibu kepada sepasang anak, edan eshal, dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips

Berikut ialah malaysia mom influencer atau lebih dikenali sebagai mommy blogger yang patut kalian follow dan ikuti kerana mereka banyak berkongsi mengenai ilmu dan pengalaman mereka sebagai ibu bapa moden masa kini.

Sebenarnya ada banyak lagi blog-blog menarik yang tak dapat Bie senaraikan disini. Buat sahabat-sahabat blogger, Bie bebesar hati kalau korang dapat kongsikan nama dan link blog masing-masing diruangan komen. So, next entri Bie boleh lah kemaskini senarai yang sedia ada. Terima kasih.

Love, Bie.


8 Ulasan

  1. tahniah semua mommy2 yang selalu share input berguna buat pembaca

    BalasPadam
  2. Menarik List Mommy Blogger kali ini..

    BalasPadam
  3. Hi amazing mommy bloggers! All of you are awesome!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, hai! Jemput join Giveaway Cuya ^^

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, seronok dapat kenal ramai mommy blogger.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx