Sejak PKP yang lepas lagi, tiba-tiba Bie terjumpa 1 skil baru, iaitu menggunting rambut. Rambut sendiri, anak-anak, suami, semuanya Bie gunting sendiri. Mula-mula memang senget-senget, lama-lama asah skil tu. Ehh.. Cuba-cuba buat stail pelik-pelik.

Lagi semangat, siap beli baju gunting rambut tu, bersekali dengan set gunting ala-ala tukang gunting rambut profesional, pengering rambut dll. 

Teringat pulak filem Hantu Nang Nak. Hantu Nang tu kan pandai gunting rambut suami dia Si Nak tu. Aduh! Masuk cerita hantu pula kita ni. 

Bagi yang tak tahu, sebenarnya rambut yang kita potong ni adalah SUNAT ditanam. Kalau tak tahu nak buang mana tu, seeloknya kita tanam je rambut-rambut tu. 

Lebih elok dan dapat pahala pulak tu. 

Hukum ni disokong dengan sumber yang sahih. Boleh rujuk kenyataan dibawah. 

Imam Nawawi yang menyebut: “Sunat menanam dan menimbus di dalam tanah segala rambut serta kuku yang dipotong sebagaimana diriwayatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh Ibn Umar dan disepakati oleh para ulama mazhab kami.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/212)

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3775-al-kafi-1413-benarkah-bulu-atau-kuku-yang-dipotong-perlu-ditanam

1 Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx