DIY & idea goodies kanak-kanak untuk majlis kesyukuran akikah | Goodies ni, CikBie buat untuk akikah Naura bulan 8 hari tu. CikBie buat 2 jenis, 1 versi mak bapak (next post), 1 lagi versi kanak-kanak. So, yang ni versi kanak-kanak.



CikBie buat seperti mini hamper. Dalamnya ada ;

1. SET ALAT TULIS - CikBie beli kat kedai eco. 1 set cuma 2.10. Nasib baik kedai ni ada kat belakang sekolah Naqib. CikBie terjah sana je. 

2. KOKO CRUNCH - CikBie beli 1 plastik besar 18.00, ada 20pcs.. Yang ni pon, CikBie beli kat Shopee je. Almaklum, asyik bizi je nak pergi memana.😆

3. CHOCOLATE DRINK FARM FRESH ni, CikBie beli 1 karton dengan runner agen air farm fresh ni. Terus dia hantar depan pintu umah. 1 karton untuk air coklat RM50 kalau x silap CikBie. 

4. GULA-GULA 8 - (tah apa nama sebenar dia) hehe.. CikBie beli bersekali dengan kedai jajan yg jual Koko Crunch tu. Sekaligus senang. Tak silap, 1 kotak cuma 8.00, dalamnya ada 30pcs.

Semoga bermanfaat n boleh jadi idea untuk kalian juga. 😘😘😘

**Tambahan colouring set, whiteboard, puzzle Little pony tu CikBie beli kat Kedai ECO juga & letak tepi tu. Supaya kanak-kanak ambil dan main-main sementara mak bapak dia berborak. Jadi, tak adalah budak2 menangis ke, buat hal ke ajak balik. Hehe.. Sebab kita dah hidangkan diorang entertainment. 😆

Ada pengalaman n idea diy goodies yang lain? Jangan segan-segan share dengan kawan di Facebook Group : DIY Hari Jadi Anak-Anak

Sekian..


Nabiha Mohd Mashut

0 Ulasan