Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga 28 (akhir) Tonton drama melayu 2020 online 

Assalamualaikum semua, malam ni Kak Bie nak kongsikan drama terbaru yang ditayangkan di bawah slot Mega Drama di Astro Ria. Drama Perempuan Tanpa Dosa ini merupakan drama adaptasi dari novel Perempuan Tanpa Dosa hasil karya novelis Fatinilam Sari Ahmad. Drama ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad dan ramai lagi pelakon lain yang popular. Drama ini  merupakan drama arahan Michael Ang. Kalau nak tonton, boleh tonton di Astro Ria.


Info Drama Perempuan Tanpa Dosa 

Bilangan Episod : 28
Tarikh Tayangan : 6 Oktober 2020
Hari Dan Masa  : Isnin hingga Khamis pada pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot Mega Drama (Astro Ria & Ria HD)
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Fazreen Farouuk
Penulis Novel : Fatinilam Sari Ahmad
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pelakon : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Yusof Bahrin,


Pelakon Drama Perempuan Tanpa Dosa dan Watak 

Kamal Adli sebagai Rizal
Uqasha Senrose sebagai Lily
Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
Yusuf Bahrin sebagai Rahman
Hilal Azman sebagai Datuk Majid
Shaza Bae sebagai Yaya
Zac Zaky sebagai Eddie
Azza Elite sebagai Kak Shah


Sinopsis Penuh Drama Perempuan Tanpa Dosa 

Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya.
Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. 

LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya. Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah. “Sekarang, cakaplah... 

Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup. Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya? Oh Tuhan! Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH. 

Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal. “Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL. Apabila Allah mengampuni kesalahan hamba-Nya, apakah akan lahir seorang perempuan tanpa dosa? 

Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga 28 (akhir) Tonton drama melayu 2020 online disini bagi anda yang tak sempat menonton dirumah.


Setiap episod akan dikemaskini dari masa ke semasa.

1 Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx