Ini, perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli Mesin Pengering Pakaian (DRYER) dirumah, ada 3 jenis mesin pengering pakaian | DRYER ada beberapa jenis mengikut kesesuaian dan penggunaanya. Ada beberapa jenis yang selalu dijual dipasaran iaitu DRYER jenis VENTED, CONDENSER & HEAT PUMP

VENTED

Jenis mesin dryer ini, lebih sesuai diletak di luar rumah sebab air daripada baju yang lembap akan tersejat menjadi wap air dan dialirkan terus keluar rumah. Jika mesin ini diletakkan di dalam rumah, satu saluran (cerobong) perlu dipasang pada mesin tersebut dan dihalakan keluar rumah untuk menyempurnakan proses pengeringan baju bagi mesin jenis vented dryer ini.


Harga pula lebih murah dan mampu milik dalam sekitar RM800 hingga RM2000 mengikut kapasiti kilogram dan jenama


CONDENSER

Jenis mesin dryer ini boleh diletakkan di dalam rumah kerana wap air daripada baju yang lembap akan disalurkan ke dalam bekas yang telah disediakan.  Wap air akan masuk ke dalam bekas yang telah disediakan dan satu proses pemeluwapan akan berlaku menyebabkan wap air berubah menjadi cecair. Cecair atau air di dalam bekas ini haruslah dikosongkan setiap kali selesai proses mengeringkan baju.


Harga juga masih mampu milik dan sedikit mahal berbanding jenis vented. Harga bermula sekitar RM1300-RM3000 mengikut kapasiti kilogram dan jenama.


HEAT PUMP

Heat pump selalunya datang bersekali dengan jenis condenser kerana fungsi ini adalah teknologi tambahan kepada dryer dimana ia membantu mengitar semula dan memanaskan semula udara di dalam mesin pengering daripada membebaskan udara panas ke luar seperti condenser dryer biasa.


Setelah mengitar semula udara yang dipanaskan di dalam mesin pengering, teknologi heat pump ini dapat mengurangkan haba pada mesin pengering dan menyejukkan kembali mesin pengering sepertimana sebuah aircond atau mesin penghawa dingin berfungsi.


Perbezaan lain antara heat pump dan condenser biasa ialah heat pump bunyinya lebih senyap dan lebih menjimatkan penggunaan elektrik. Persamaannya pula, heat pump masih sama dengan condenser kerana bekas yang menampung air daripada baju lembap yang dikeringkan perlu dibuang setiap kali selesai proses mengeringkan baju. Kotoran daripada baju yang dikeringkan juga perlu dibersihkan setiap kali selesai proses keringkan baju.


Harga juga lebih tinggi berbanding dengan jenis dryer yang lain. Dengan fungsi tambahan ini, harganya bermula dengan RM2000-RM4000 mengikut kapasiti kilogram dan jenama.


"Isteri mana yang tak tersenyum lebar bila BIBIK ROBOT ni sampai dirumah kan?"


Seronoknya ada mesin ni kat rumah, sekurang-kurangnya tugas mama SUPER SIBUK macam kita ni tertolong juga hasil bantuan mesin pengering baju ni. Selalunya, bab sidai baju ni buat kita tak sempat nak buat setiap hari. Lagi-lagi kita ni sibuk bekerja dan berniaga kan. Tapi, bab urusan dan keperluan rumahtangga jugak sama pentingnya. Janji, baju semua kering dan sedia untuk dipakai.


Kalau dulu, ada baju yang nak dipakai terlupa untuk dibasuh. Gigih juga suruh si suami pergi keringkan di dobi layan diri kot. Kesian dia.. Hehehe.. Terima kasih untuk bibik robotnya sayang. Baju dah kering ni, siapa nak lipat?


Ah sudahhh… mesin mana mesin?


Bie Mohd

Mama SUPERSIBUK di Marhuna


#marhuna

#marhunadotcom

#bajutradisikita

#marhunagoglobal

#fesyendanpakaiantradisi

#pakaianmuslimah

#pakarpakaiantradisi

2 Ulasan

  1. Baju kena hari2 basuh, skip 1 hari, menangisla saya..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tiba-tiba terkena cuaca lembab dan hujan. Baju tak kering dan bau hapak. adoiii

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx