5 Tips Rancang Hari Jadi Anak Yang Simple Tapi Meriah | Sebulan lagi, Naura Zulfadli nak sambut hari jadi yang pertama. Sebagai seorang mama, meski sesibuk mana pun. Bie tetap akan rancang sambutannya sebaik mungkin sebagai kenangan.


Hari ni, Bie kongsikan sedikit tipsnya sebagai panduan ibu bapa diluar sana dalam merancang majlis hari jadi anak-anak anda supaya lebih terancang dan meriah dengan pelbagai DIY dan dekorasi majlis hari jadi.

1. Tetapkan tema dan warna majlis

Selalunya tema majlis ni, kita ikut kepada kecenderungan anak-anak terhadap kartun atau warna kegemaran mereka. Banyakkan mencari di Google dan Instagram contoh-contoh majlis yang menggunakan tema dan warna pilihan anda untuk mendapatkan inspirasi dan contoh sebagai ikutan.

2. Tentukan kek dan makanan

Pilihan kek juga perlu sesuai dengan tema dan warna majlis tau. Supaya kombinasi tu nampak "matching" dan menarik perhatian si anak. Makanan juga perlu ada 2 jenis, jenis makanan Kanak-kanak dan makanan untuk orang dewasa. 

3. Pilih baju "special" untuk anak

Cari baju yang unik dan cantik. Paling penting kena selesa dan anak kena suka baju tu. Beli atau buat baju tu awal-awal supaya dia dapat cuba dulu dan tidak merosakkan mood mereka ketika majlis berlangsung.

4. Pilih waktu yang sesuai

Waktu paling sesuai ialah pagi, ketika anak-anak fresh dan bertenaga. Waktu petang tidak sesuai sebab selalunya anak-anak letih dan mungkin ganggu waktu tidur mereka. Pening juga nak melayan moody mereka nanti. Apa-apa pun, boleh ikut jadual harian anak-anak lalian, sebab budak-budak ni tak semuanya sama.

5. Sediakan Goodie Bag yang bermanfaat

Goodie bag juga penting juga, kerana majlis hari jadi merupakan waktu dimana Kanak-kanak menanti goodie bag. Sebagai ibu bapa yang baik, pilihlah makanan dan goodies terbaik untuk tetamu. Jangan beri junk food, kalau kalian sendiri tak pernah beri junk food kepada anak kalian, begitu juga ibu bapa lain tak suka anak-anak mereka diberikan junk food.

Sesiapa kenal Bie sebelum ni, mesti kalian tahu Bie macam mana. Hehe Mungkin juga sebab dah jadi hobi buat majlis-majlis macam ni.

Kadang-kadang pening kepala juga memikirkan perancangan majlis. Tapi, pening tu bertukar jadi seronok bila tengok anak-anak pun seronok.

Apa lagi kebahagiaan ibu bapa selain melihat anak-anak gembira kan? Cantik juga tema pink pastel macam dalam gambar-gambar tu untuk birthday Naura nanti.. 

Apa pendapat korang? 


Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd) 

Anda mencari baju kurung mesra menyusukan yang lembut dan selesa? Dapatkan di https://www.marhuna.com/product-category/kurung/puteri/gunung-ledang/ 

0 Ulasan