Selepas kelahiran anak, ibu bertanggungjawab memberikan susu badan kepada bayi mereka | Secara natural, susu badan telah terbentuk sebelum kelahiran bayi lagi. Namun, kejadian susu badan amat berkait rapat dengan fikiran atau mindset seorang ibu dalam memberikan susu badan kepada anak mereka.


Namun, ada beberapa faktor yang menyebabkan susu badan akan berkurangan dan short akibat faktor pemakanan seseorang ibu itu. Pelbagai petua banyakkan susu badan secara tradisional yang diperturunkan oleh nenek, ibu dan generasi terdahulu untuk banyakkan susu badan dan pekat. Antaranya seperti, meyakini minum milo boleh banyakkan susu badan dan makan kurma merah adalah cara untuk membantu ibu menyusukan untuk membanyakkan susu badan yang kering selepas mengalami drop atau pengurangan.

Berikut, beberapa pilihan makanan yang dipercayai boleh membantu menambah dan membanyakkan susu ibu. Anda boleh ikut dan cuba sendiri, pilihan makanan berikut kerana setiap makanan. Tidak sama keberkesanannya kepada diri seseorang itu.

  1. Sawi
  2. Bayam
  3. Lobak Putih
  4. Kurma Merah (Red Dates)
  5. Kurma Ajwa
  6. Tempe
  7. Hati Ayam
  8. Brokoli
  9. Roti Gandum
  10. Pucuk Buluh Barat
  11. Ubi Jalar
  12. Milo
  13. Horlicks
  14. Halba
  15. Longan Kering
  16. Durian
  17. Coklat
  18. Badam
  19. Oat
  20. Barli
  21. Madu
  22. Kurma
  23. Bijan
  24. Habbatussauda
  25. Minyak Kelapa Dara
  26. Soya
  27. Kacang Dal
  28. Teh Hijau
  29. Pegaga
  30. Jambu Batu

Penggalak susu ibu bagi Kak Bie ialah Lobak Putih. Bila makan lobak putih tu, susu badan meriah semacam je. Kak Bie cuma perlu masak lobak putih tu, jadikan macam sayur air dan makan bersama nasi panas.

Anda boleh cuba mana-mana makanan berikut untuk boost kan susu yang drop tu. Mana tahu, berkat izin Allah S.W.T, semuanya akan dipermudahkan. Selamat menyusukan dengan gembira.

Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd)

Anda mencari baju mesra menyusu yang ada zip panjang didada, selesa dan mesra kulit bayi? Boleh dapatkan di www.marhuna.com

0 Ulasan