6-Inch Subs By Subway Malaysia Kini Tersedia Dengan Harga RM20 Sahaja! | Nama Subway Malaysia siapa yang tak kenal kan? Lagi-lagi di kalangan penggemar drama Korea. Kat sana Subway adalah salah satu tempat makan famous amos yang sangat warga Korea suka. Sampaikan muncul dalam pelbagai drama sebagai tempat lepak untuk makan-makan, sebagai tempat makan yang sihat dan sedap ketika tiba waktu tengahari dan juga tempat untuk duduk berdating dengan yang tersayang.


Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya! Subway Malaysia ketika ini memang ada penggemarnya yang tersendiri. Bahkan, hampir diseluruh bandar besar dalam Malaysia ada cawangan Subway ni. Kiranya kalau tiba-tiba terasa nak makan sandwich dengan pelbagai pilihan menu, inilah tempat yang patut dikunjungi. 


Apa yang lebih menariknya lagi, Subway kini kembali lagi dengan tawaran makanan lain. Untuk pengemar menu sandwich jangan ketinggalan dan terlepas peluang. 


Untuk pengetahuan anda, Subway Malaysia kini menawarkan bukan satu tetapi dua untuk menu sandwich 6-inci mereka yang enak , hanya dengan harga RM20 sahaja! 



Two 6-Inch Subs Hanya Untuk RM20


Subway adalah kedai sandwich yang mudah ketika kita sedang mencari makanan ringan baik untuk sarapan atau makan tengah hari. Kadang-kadang, selepas bekerja dengan rasa yang sangat penat atau malas untuk pulang ke rumah dan masak, sandwich Subway adalah idea yang agak baik untuk dinikmati. 


Bayangkan betapa nikmatnya jika dapat makan sandwich yang besar dalam kuantiti inti yang banyak. Di apit pula oleh dua roti yang lembut dan sedap. Itu belum dikira lagi dengan pelbagai sos pilihan yang boleh dicampur sehingga melimpah pada sandwich masing-masing. 


Dan untuk sandwich 6 inci dari Subway untuk harga promosi RM20 ini pula, kita boleh. memilih dari beberapa perisa ini iaitu  : 


  • BBQ Chicken 

  • Meatball Marinara

  • Veggie Deluxe

  • Subway Seafood Sensation ™.



Terma dan syarat : 


1. Promo hanya berlaku di restoran Subway® di Malaysia sahaja dan sementara stok masih ada. 


2. Tidak sah di restoran Subway® di KLIA2, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Genting Highlands dan Sunway Lagoon. 


3. Harga promo dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% di restoran Subway® yang berkenaan. 


4. Pilihan sandwich Subway 6 inci terhad kepada Veggie Deluxe, Meatball Marinara, BBQ Chicken dan Subway Seafood Sensation ™ sahaja. 


5. Promo eksklusif hanya untuk sandwich Subway 6 inci dan tidak boleh digunakan untuk jangka masa panjang. 


6. Tambahan dikenakan. 


7. Hanya sah untuk makan malam dan makanan sahaja. 


8. Tidak sah dengan diskaun atau promosi lain. 


9. Subway® berhak untuk mengubah atau meminda apa-apa terma dan syarat apabila difikirkan perlu tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.


Boleh Guna Foodpanda Untuk Cara Pesanan Yang Lebih Mudah 


Bagi anda yang sudah tidak larat selepas balik kerja atau sebagainya, malas untuk keluar dari rumah, tak ada sebarang kenderaan (rosak mungkin), maka anda boleh gunakan perkhidmatan penghantaran makanan yang ada. Salah satu servis online food delivery ini, tak lain dan tak bukan sudah tentulah Foodpanda



Dengan Foodpanda, kita bebas untuk memesan mana-mana makanan yang kita suka pada bila-bila masa yang kita mahukan. Tak kisahlah sama ada untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam, yang penting kita kena buat pilihan secara terus pada lamanweb Foodpanda. Jika nak lebih mudah boleh muat turun aplikasinya secara percuma di handphone masing-masing. 


Dan Subway Malaysia adalah salah satu tempat makan yang turut ada di dalam aplikasi tersebut. Jadi mudahlah kalau tiba-tiba terasa nak makan. Tak payah nak susah payah tekan pedal minyak drive sehingga ke premis Subway sebaliknya biar Foodpanda yang tolong pick up makanan dan hantar kepada kita secara direct sehingga ke tangan sendiri. 


Nak makan pun rasa lebih santai dan bebas sebab boleh nikmatinya di rumah atau tempat sendiri. 



2 Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx