Selepas 5 tahun, Bie kembali menginap semula di Ye Old Smokehouse, Fraser Hill. Masa 2015, Bie dan Z ke sana bersama Naqib. Naqib kecik lagi masa tu. Kalau tak silap dalam umur 6-7 bulan macam tu. Lepas PKP kelmarin, kami sekeluarga tak ke mana-mana selain pulang ke kampung di Johor dan Kelantan. Selepas lepas rindu dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Apa lagi....

Rindu Sarapan Pagi 

Panjanglah langkah Bie sekeluarga. Tiba-tiba terkenang kenikmatan bersarapan pagi di Fraser Hill. Maka, last minutes kami terus naik Fraser Hill esok hari nya. Nasib baik masih ada bilik kosong lagi kat Ye Old Smokehouse, Fraser Hill. Tapi tak ada bilik standard biasa. Yang ada bilik honeymoon - Victoria.

Last Minutes Booking & Diskaun

Kami pun book je bilik tu, sebab dah excited sangat dengan percutian drastik kali ni. Tambah-tambah lagi Ye Old Smokehouse, Fraser Hill ada buat promosi sampai November 2020 ni. Sempena pembukaan semula rumah penginapan selepas PKP. Diskaun 30% untuk hujung minggu dan diskaun 50% untuk hari biasa.

Promosi Pembukaan Semula

Korang cepatlah booking sekarang. Promosi sampai November 2020 ni je tau. Sempena pembukaan semula rumah penginapan selepas PKP. Diskaun 30% untuk hujung minggu dan diskaun 50% untuk hari biasa. lain-lain gambar sepanjang kami bercuti disana.






1 Ulasan

  1. Assalamualaikum. Boleh saya nak tahu harga after discount berapa ye?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx