2020/07/05

Pengalaman Menginap di Kudat Golf & Marine Resort Selepas Melawat Tip of Borneo

Percutian yang sempurna!

Dalam banyak-banyak percutian, percutian ke Sabah paling Bie puas hati sebab apa? sebab Bie dapat pergi semua tempat yang bie rasa nak pergi masa percutian ke Sabah. Antara tenpat yang Bie nak sangat pergi adalah mengunjungi Tip od Borneo atau orang panggil dihujung tanah borneo.

Perjalanan Jauh

Bie sanggup tempah penginapan berdekatan dan bayar extra untuk penginapan pemandu pelancong semata-mata nak ke sana. Lokasi Tip of Borneo ni agak jauh, jadi perjalanan nak ke daripada Kundasang pun mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai. Tambahan lagi, Bie ke sini semata-mata sebab nak kejar matahari terbenam. Kalau sesiapa yang follow Bie, korang mesti tahu Bie suka kejar matahari naik dan matahari terbenam. Kalau tak dapat jumpa mana-mana satu antaranya. Bie rasa percutian tu memang tak lengkap langsung!

Matahari Terbenam di Tip of Borneo

Alhamdulilah, lepas tengok matahari terbenam di Tip of Borneo. Cuaca pun kelam, maksudnya dah masuk waktu maghrib. Maka, disebabkan Bie ada anak kecil. Kitorang tak terus balik Kota Kinabalu. Kata pemandu pelancong, selalunya orang tak akan bermalam di Kudat. Kebiasaannya, lepas je tengok matahari terbenam. Pelancong selalunya terus balik ke Kota Kinabalu, maksudnya 2 jam tambah 3 jam lagi perjalanan.

Bie dah kaji waktu perjalanan tu sebelum ke Sabah lagi. Jadi, Bie ambil keputusan untuk bermalam di Kudat. Hotel yang Bie tempah pun semuanya melalui Agoda. Tambah-tambah lagi, Bie memang Ahli Agoda VIP, jadi bila bermalam kat mana-mana hotel memang akan dapat special rate. Kalau tak silap, masa ni 1 malam di Kudat Golf & Marine Resort ni tak sampai pun RM200.


Kami sekeluarga di Tip of Borneo ketika matahari terbenam

Penyambut tetamu yang mesra di Kudat Golf & Marine Resort. Kami letih, mereka bawa semua barang-barang kami dengan troli hotel. Sangat selesa!

Toiletries pun lengkap!

Berus gigi pun ada

Bilik besar dan selesa dan paling penting menghadap laut dan nampak seaview


Budak suka tidur hotel ni

Tarraa... Matahari terbit. Pemandangan ni, betul-betul daripada balkoni bilik kami


Voucher sarapan pagi


Dining hall ketika sarapan pagi, masa ni ramai budak-budak sekolah. Mungkin ada rombongan ketika kami menginap disini.





Sebelum balik, sempat bawa anak-anak






Catat Komen

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search