2020/07/20

Awas! Whiteboard boleh Mencederakan Anak Kecil

Sebagai ibu bapa, kita sedaya upaya menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak. Tapi, jangan lupa, segala perkara yang tidak berlaku dan berlaku itu atas pelindungan daripada Allah dan kehendak dariNya juga. Seperti pengalaman yang berlaku pada anak Ke-3 Bie semalam. 


Sejak hari pertama bergelar ibu, Bie pun seperti ibu-ibu yang lain. Sedaya upaya memastikan persekitaran anak-anak sentiasa selamat. Tak kiralah daripada apa-apa benda berbahaya yang kita pernah dengar disekeliling kita, macam duit syiling, manik, dapur, air panas, benda tajam, alas meja dan macam-macam lagi.

Luar jangkaan

Tapi peristiwa semalam betul-betul diluar jangkaan dan secara tak langsung menyedarkan Bie bahaya whiteboard yang tertanggal bingkainya, hingga menyebabkan kecederaan serius pada tapak kaki Naura. 

Kisahnya selepas solat Maghrib semalam, sengaja Bie keluarkan whiteboard jenis ni sebab nak buatkan Jadual solat untuk abang dan kakak Naura. Sebelum sempat Bie nak tulis atas jadual tu. Si Abang sempat main-main whiteboard tu sampai tertanggal bingkainya. Rupa-rupanya, bingkai whiteboard tu pun tidak digam dengan kuat. Hanya gam dibahagian bucu 4 penjurunya saja. 

Whiteboard Rosak

Bie nampak whiteboard itu rosak, tapi kesedaran bahaya tu Bie tak rasa sebab fikir, whiteboard tu cuma sejenis kadbod biasa dan terbiar je atas lantai. Lepas tu, Bie terus masuk bilik ambil whiteboard yang jenis besar pula dan tulis. Masa tengah tulis-tulis tu, 

Kalau korang ada simpan whiteboard macam gambar atas ni. Buanglah jauh-jauh, sebab kita tak tahu bila bahaya tu akan datang. Bie tak pasti sama ada beli whiteboard tu dimana Mr.DIY atau di Kedai ECO. 

Gambar Sumber : Google



Menangis kuat

Tak semena-mena, Naura menangis kuat. Cara menangis tu lain macam, macam menggigil. Bie cepat-cepat dukung dan ambil dia. Mula-mula Bie ingat dia tercekik atau tertelan sesuatu. Sempat juga terbalikkan badan dan korek-korek dalam mulut. Tapi tak ada apa-apa, sebelum nampak darah menitik daripada kaki Naura. 

Bie terus tekapkan dengan towel untuk hentikan darah dan bawa masuk bilik untuk tengok keadaan luka. Masa tu, tangan kaki Bie semua dah menggigil. Lepas tengok tu memang menangis dah sebab keadaan luka tu teruk sampai dah nampak daging. Bie tak fikir apa dah masa tu, terus je ajak papa gerak pergi hospital. Kuatnya Naura, lepas tekap dengan towel tu. Dia tak menangis pun. 

Punca Kecederaan


Sebelum ke hospital, papa Naura sempat tengok persekitaran untuk tengok apa yang menyebabkan kaki Naura terluka macam tu sekali. Rupa-rupanya, berpunca daripada whiteboard yang tertanggal bingkai tu. bahagian tepi badan whiteboard tu sangat tajam. Bila dipegang, memang setajam pisau cukur (Razor Blade) tu siap ada tertinggal kesan darah kat situ. Dalam masa yang sama, Naura pula dalam fasa peralihan meniarap ke merangkak dan dia suka merangkak dan bergolek laju-laju. Mungkin ketika dia nak berpusing tu, sekali libas kaki atas benda tu membelah tapak kaki dia (dibahagian tumit) . Tambah-tambah lagi, tapak kaki bayi masih lembut dan kulit masih halus. 

Disebabkan Naura baby dan luka perlu dijahit dengan cara lain, bukan jenis jahit biasa. Doktor cadangkan prosedur ni dijalankan dalam Bilik bedah dan Naura akan dibius penuh. 

Baru lepas cuci luka dan tukar seluar yang berdarah. Doctor masukkan painkiller melalui punggung dan tertidur. 

Kalau nak gambarkan keadaan lukanya macam mana, korang boleh bayangkan sebiji kentang, ibarat tapak kaki bayi. Lukanya serong dan berbentuk 'U' sampai korang boleh selak untuk tengok isi dalam dia. Dr. Jagjeet, Pakar Bedah Plastik (Plastic Surgeon) bincang semuanya dengan Papa, masa ni, Mama dah tak sanggup tengok gambar and dengar dah. 


Lepas lab test, Covid-19, darah, urine, Xray (takut ada serpihan), esoknya Naura kena puasa 4 jam sebelum masuk bilik bedah. Dalam pukul 8.30pagi macam tu dah masuk OT. Bie temankan sampai dalam, lepas Naura tertidur lepas dibius tu. Sejam lebih juga prosedur berjalan. Lepas Naura sedar dan stabil. Baru nurse panggil Bie semula. 

Masa ni dah sedar tapi masih mamai lagi. Dr. tak bagi minum. Tapi dia dah menangis nak susu badan. 


Alhamdulillah operation berjalan lancar. Jenis jahitan bukan daripada luar, tapi dijahit kulit lapisan dalam, macam jenis sembat susup pulak Bie tengok, sebab doc nak pastikan kulit yg koyak dapat bekalan darah yang cukup dan hidup. 

Baru Bie boleh nak makan selepas procedure Naura. Semalaman juga tak boleh tidur. Rasa bersalah pun ada sebab keluarkan whiteboard tu. Tapi Bie redha. 

Lepas 1st dressing, kulit masih fragile lagi. Masih perlu monitor dalam 5 hari untuk pastikan kulit hidup dan bercantum semula. Luckily, kulit yang koyak tak terus putus. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada yang memberi semangat dan mendoakan kesihatan Naura. 

Terima kasih buat warga kerja di Manipal hospital, Klang. Sebab berikan rawatan terbaik, Dr. terbaik dan servis terpantas untuk Naura. Doakan Naura cepat sembuh dan beraktiviti seperti biasa. Amin.. 

  1. ya Allah.. seriau plak rs..
    kalo kita yg dewasa ni pon kena pisau ckup sakit lg la bdk2 kecik..

    semoga cepat sembuh baby naura..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ezy. Bila anak sakit, kita jadi mak pon rasa sakitnya macam mana. Apatah lagi luka yang macam tu. Menangis dia, kita pun ikut sama menangis T_T

      Padam
  2. Allahu. Sampai begitu sekali lukanya. Agak bahaya juga ye. Nasib takde whiteboard jenis tu di rumah.
    Semoga cepat sembuh ya anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah Sheayang, kalauah tahu sesiapa yang ada whiteboard jenis tu. Buang cepat-cepat. Sebab kita tak tahu bila benda nak berlaku kan. Semoga jd iktibar untuk parents yang lain. Amin... terima kasih untuk doanya

      Padam
  3. Allahuakbar.. Nak jadi kan, sekelip mata terjadi. Bukan kelalaian ibu bapa, cuma kadang2 kita tak tahu tahap bahaya sesuatu benda tu. Benda yang mudah rosak, memang mengundang seribu satu bahaya especially utk budak2..

    semoga cepat sembuh baby naura..semoga kuat semangat jugak mak dan ayah naura nak handle naura dengan luka kat kaki tu. mesti naura pun tak selesa tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu hanni, Bie memang tak jangka semua ni. Memang sekelip mata te semua ni berlaku. 2-3 hari jugak bie macam trauma. Tak boleh tidur bila kenangkan peristiwa tu.

      Lepas 5 hari ni, luka dah mula kering. Tapi timbul gatal pulak mungkin sebab nak membaik. Struggle nak elak dia gosok luka dia tu. nak make sure bercantum elok.. wuwuwuw..

      Tq for support Hanni.

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search