2020/06/22

Resepi Donut Gebu dan Mudah untuk Kanak-Kanak Ikut Sukatan Cawan

Sepanjang PKP, anak-anak Bie memang suka sangat makan donut. Kalau boleh, hari-hari dok request donut. Maka, Bie pun buat donut sampai dah expert dah. Penangan buat donut setiap hari. hahahaha..

Bie kongsikan resepi donut gebu gebas disini. Donut Gebu gebas dengan sukatan cawan dan Mudah sesangat. Korang bolehlah mencubanya dirumah, bentuk-bentuk kiut ini semestinya kegemaran kanak-kanak.


RESEPI DONUT GEBU GEBAS

Bahan-bahan :
Sepeket yis mauripan
3 sudu besar susu pekat manis
5 cawan tepung gandum (sukatan cawan) 
3 sudu marjerin/Planta
3/4 air biasa (agak-agak)

Sukatan cawan ni boleh dapat dalam 35 biji. Kalau nak banyak lagi, boleh gandakan bahan-bahan ni.


Semua bentuk acuan ni, Bie beli di Shopee je, korang boleh search Acuan Donut
Semuanya ship from China dengan harga RM19.90 untuk semuan 4 bentuk ni.
Saiznya bentuk standard untuk sebiji donut. Tak besar dan tak kecik sangat.

Mauripan

Disebabkan kena buat donut hari-hari, Bie terus beli mauripan banyak-banyak
ni pun beli di Shopee jugak. hehehe.. Jimat banyak, sebab kalau beli borong macam ni, sepeket cuma dalam harga RM0.70 je tau.

Rendam sepaket Mauripan tadi selama 30 minit dengan air suhu bilik, 
jangan guna air panas atau air telampau sejuk (air petisejuk) 
nanti dia tak kembang macam ni.

Guna cawan macam ni

Masukkan marjerin apa-apa brand pon boleh, planta ke, pelangi ke.
Bie gunakan cap Daisy

Masukkan 3 sudu susu pekat manis

Gaulkan kesemua bahan Tepung+Mauripan dah kembang+Susu Pekat Manis +Majerin
kemudian tambahkan air supaya adunan sebati dan uli.
Jangan risau, dia akan melekit sedikit. jangan tambah tepung tau

Lepastu, tutup adunan dengan kain lembab.
Bie gunakan kain napkin anak (tak pernah guna lagi tau ni)
memang gunakan untuk masak je. hehehe

Biarkan sementara waktu supaya dia kembang dalam 10-20 minit k

Lepas tu, tumbuk2 sikit bagi buang angin dalam tu, dan uli sedikit
sebab dah ready untuk tekap dengan acuan donut

Leperkan adunan dan tekap dengan acuan pilihan

Sementara tekap semua donut, donut berikut akan mengembang sekali ganda lagi dan jadi gebu gebas
jangan risau, maksudnya itu tanda-tanda donut korang akan jafo donut gebu gebas nanti.

Dengan api sederhana kecil, mulalah menggoreng donut itu satu persatu dengan penuh sabar
Bie suka tengok kulit donut tu mula menegang bila digoreng.


Tarraaaa.. gebu gebas kejadiannya... segebu rasa dia.

Bentuk bunga ini kegemaran anak ke-2 Bie, Zuhaira.
Donut Flower katanya.

Sedia untuk dihidangkan, boleh dah tabur dengan gula pasir yang dah diblend halus

  1. Wahh... Sedapnya... gebu betul donut tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah illya. hehe memang menjadi resepi ni. ikut je bulat2.
      hehehe

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search