2020/06/24

Alhamdulilah! Majlis Perkahwinan dibenarkan bermula 1 Julai 2020



Alhamdulilah, selepas penantian yang panjang, akhirnya kerajaan telah membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, pertunangan, akikah dan tahlil dengan kapasiti tidak melebihi 250 tetamu mulai 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis lain yang turut dibenarkan adalah akikah, doa selamat, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan pertemuan semula (reunion).

"Bagaimanapun kita mengehadkan masa antara tiga hingga lima jam sahaja.

"Kapasiti pengunjung kekal tidak melebihi 250 individu, tetapi tertakluk kepada saiz ruang atau lokasi diadakan, kalau tempatnya kecil dan sukar melaksanakan penjarakan sosial mungkin cukup setakat 150 orang atau jumlah yang mampu dimuatkan sahaja, tidak semestinya sehingga 250 orang," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Mengenai penyajian makanan, Ismail Sabri berkata, hanya bufet yang dibenarkan, dan pengunjung tidak boleh mengambil sendiri makanan berkenaan.

"Makanan perlu dihidangkan pramu saji, yang terbaik dicadangkan supaya membuat hidangan di atas meja," katanya.

Sumber : Harian Metro

Catat Komen

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search