2020/06/30

7 Cara Menyambut Kelahiran Bayi & Akikah Mengikut Sunnah Tanpa Meninggalkan Adat

Asalkan tidak melanggar Syarak, adat itu masih boleh diamalkan

Bie berasal daripada Johor dan suami berasal daripada Kelantan. 2 tempat berbeza ada berbeza adat berbeza juga cara menyambut kelahiran bayi dan cara dalam meraikan majlis akikah anak-anak kami dan ini cara kami. Jika ada kekurangan dan ada sunnah lain yang tertinggal, boleh tinggalkan komen supaya kami dapat memperbaik dimasa akan datang. InsyaAllah.


KELAHIRAN ANAK 

1. Beberapa jam selepas bayi diazan oleh suami, suami Bie juga akan terus tahnikkan anak beliau dengan setitis madu asli. Banyak kelebihan tahnik bayi, selain daripada sunnah. Ia juga merangsang hisapan pertama si bayi supaya melatih dia/trigger manis itu untuk memudahkan penyusuan susu ibu. Alhamdulilah, kedua-dua anak Bie berjaya susukan pada hari pertama kelahiran mereka kerana mereka pandai menghisap sendiri. Itulah kelebihan tahnik secepat mungkin.

HARI KETUJUH

2. Hari ke-7, kami suami isteri adalah waktu pemberian nama bayi dan mengumumkan nama bayi kami kepada ahli keluarga dan sahabat handai. Ada jugak yang PM tepi risik-risik nak tahu nama anak-anak kami lebih awal. Tapi, kami suami isteri dengan sopan beritahu 'Minta bersabar, tunggu hari ke-7'. Hari yang sama juga kami botakkan rambut anak-anak walaupun selebat dan secantik manapun rambut dia masa lahir kerana sunnah ini adalah yang terbaik. Rambut yang dibawa dalam perut sudah terendam air ketuban selama dalm kandungan dan campuran darah ketika proses kelahiran. Rambut itu semuanya kering, ditimbang dan dinilaikan dengan harga emas semasa dan disedekahkan.

AKIKAH

3. Akikah seeloknya dilakukan juga pada hari Ke-7. Namun, kami adakan selepas 3 bulan kelahiran. Menunggu Bie sihat dan anak besar sedikit. Bersedia untuk didatangi tetamu yang terdiri daripada saudara dan sahabat handai. Bie tidak begitu mengalu-alukan tetamu semasa dalam pantang. Yelah, tengah sakit kan? Baby pun masih fragile. So, Kami buat selepas kedua-duanya sihat dan habis berpantang.

MAJLIS AKIKAH JOHOR

5. Akikah di Johor, penuh dengan kebiasaanya bacaan berzanji, marhaban, bacaan yasin, bersekali dengan tahlil  almarhum keluarga dan sahabat handai yang meninggal dunia. Pelamin hanya dibina untuk menyerikan majlis sahaja. Tiada cukur jambul seperti kebiasaan orang sebab ia bertentangan dengan agama kita, tetapi Bie hanya bawa bayi mengelilingi tetamu perempuan sahaja untuk melihat bayi dengan lebih dekat, dipegang kepalanya sambil dibacakan doa, selawat dan alunan marhaban puji pujian keatas Rasulullah S.A.W.

MAJLIS AKIKAH KELANTAN

6. Akikah di Kelantan, majlis diimamkan oleh imam masjid dan surau berdekatan bersama para jemaah masjid yang usai solat Zuhur. Sekali lagi si anak ditahnikkan oleh orang yang berilmu dengan mnisan buah tamar. Bacaan surah dan doa selamat dibacakan oleh imam. Kemudian diikuti dengan alunan marhaban. Bayi juga dibawa oleh suami keliling tetamu lelaki yang hadir. Pelamin yang dihias hanya menyerikan majlis (ikut kemampuan). Boleh ada dan boleh juga tiada. Terpulang kepada kemampuan.


JAMUAN MAKAN

7. Jamuan makan, binatang korban akikah yang telah dimasak manis. Sambil mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim.

Indahnya islam jika kita hidup bersyariat. Bagi Bie semua tempat ada keindahan dan cara mereka menyambut sebuah kelahiran. Apa-apa pun, terpulang pada cara dan pendekatan masing-masing, yang ringkas, ambil yang sunnah sahaja, sunnah dan adat, adat sahaja.? Banyak pilihan dan pilihan itu ditangan kita. Semoga Allah reda dan kita selalu mencari keredaan-Nya. 😘

Catat Komen

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search