2020/02/07

AMES Hotel, Ayer Keroh, Melaka | Hotel Mesra Bayi & Keluarga

Sempena Birthday yang ke-3 tahun Zuhaira, Anak Bie yang ke-2. Kitorang short getaway ke Melaka sekejap hujung minggu tu untuk gembirakan anak-anak. Budak-budak, kalau sebut nak pergi holiday je. Mesti hotel dia sebut dulu, sebab kat hotel ada swimming pool. Adeh! macamlah kita holiday ni nak tido hotel je. Mestilah nak pergi jalan-jalan kat tempat menarik disekitarnya.
So, masa ke Melaka bulan lepas. Setelah berbelas tahun berlalu, baru Bie dan Z jejakkan kaki semula ke Zoo Melaka. Lama dah tak pergi sana.. Nampak suram tak se happenning dulu. Yang tu, nantilah Bie cerita kat next entri.

As usual, kegilaan Bie sekarang adalah meneroka hotel-hotel yang Bie pernah pergi. Banyak sangat! masih mengorek-ngorek masa untuk review semuanya. Hehehehe.. (macamlah ada orang nak baca) ehhehe.. Tak apalah, Bie nak cerita jugak!!! tak kiraaa.. hehehe..

Ni kiranya holiday pembukaan tahun 2020 lah ye.. Maka, wajarlah kiranya kita pilih hotel yang segar. Sebab apa segar sebab hotel ni masih baru. Tak salah Bie baru je beroperasi dan bertaraf 5 bintang. Perfect and not bad, Bie boleh klasifikasikan sama taraf macam Hard Rock Hotel untuk biliknya. Katil pon lebih kurang sama tebal dan bantal yang empuk dan banyakkkkk.. Siap ada 1 extra bantal dalam almari keeyyyhhh (lupa nk snap gambar)

Bila diorang nampak kita ada baby, diorang provide baby cot kat baby bie. Its free tau! best je baby Bie tidur dalam baby cot tu. Layanan memang tip top, staff semuanya ramah dan sentiasa senyum.

Siapa baby ni? Abang kakak pulak yang duduk dalam baby cot ni. 
Kegemaran ni - croissant
Breakfast pun sedap. Banyak pilihan makanan yang sedap-sedap. 
Aktiviti wajib kalau staycation kat mana-mana hotel pun. Wajib mandi kolam. Lengkap dengan float dan swimming suit hokey..
Cuma kolam renang di tingkat 1 ni comel sangat.

AMES HOTEL MELAKA
Jalan Pkak 2,
Pusat Komersial Ayer Keroh,
75450 Malacca
Email: sales@ames-hotel.com
Telephone: +606 318 3999

Catat Komen

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search