Ahad, 22 September 2019

Restoran SISIK Ikan Bakar Terbaik Klang

Assalamualaikum semua, ada sesiapa teringin nak makan ikan bakar dan hidangan makanan laut yang menyelerakan? Sebelum due bersalin 22 November ni, Bie pun tak lepaskan peluang keemasan menyantap hidangan ikan bakar dan makanan laut yang super sedap di Restoran Sisik Ikan Bakar : Resepi Warisan Tok Sisik yang berlokasi betul-betul berhadapan GM Klang, Bandar Botanic, Klang. Bak kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ye dok? Jadi, sambil menyelam, kita minum air. Kalau makan tu, biar makan betul-betul. hehehe.. mengenangkan lepas bersalin nanti Bie kena berpantang banyak jenis makanan selama 44 hari, 100 hari dan setahun. Lama tu  kan? Makanya, yok! Makan Ikan Bakar Sisik.
Ngam-ngam nak masuk parking di bangunan GM Klang, U'ols dah boleh nampak dah keberadaan Restoran Sisik Ikan Bakar ni. Restoran ini beroperasi setiap hari tau, dari pukul 8.00pagi hingga 4.30 petang untuk masakan asli Melayu dan untuk malam pula dari pukul 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam untuk hidangan ikan bakar dan makanan laut. Restoran IKAN BAKAR terbaik KLANG (berhadapan GM Klang) yang menyajikan Ikan Bakar dan masakan Seafood ala Masakan Melayu Asli. Semua menu dan hidangan di restoren ini disediakan oleh Chef yang berpengalaman dan juga resepi asli turun temurun sehinggalah kepada pemilik sekarang.
Semua pilihan makanan mentah boleh dipilih sendiri, daripada segala jenis ikan, seafood dan sayur-sayuran, pelanggan boleh buat pilihan sendiri untuk setiap hidangan yang menjadi pilihan hati. Menu yang disajikan juga terdiri daripada resepi warisan turun temurun daripada TOK SISIK sekaligus menjadikan semua hidangan di restoran ini adalah istimewa dan lain daripada yang lain.
Hidangan makan malam terbaik di Klang
Pepahat Masak Berlada

Ikan Pari Bakar Sambal

Siakap Singgang

Sup Sayur Campur

Udang Goreng Berempah Resepi Warisan

Siakap Bakar Sambal
Sotong Bakar Madu
Nasi Lemak Buluh Perindu
Nasi Lemak Buluh Perindu adalah salah satu hidangan "Signature" disini. Amat rugi, kalau korang tak cuba sebab Nasi Lemak ini, sepenuhnya dikukus didalam buluh dan dihidangkan dengan unik dengan gabungan pelbagai jenis lauknya seperti;
Sambal Paru 
Ayam Rendang


Sambal Udang Galah

Ayam Sambal
Restoran ni sangat sesuai untuk seisi keluarga datang menjamu selera. Disamping berada dilokasi yang strategi, restoran ini cukup besar dan selesa untuk menjamu selera dengan gembira. Jangan tak cuba tau! Gerenti korang puas hati. Selamat menjamu selera.

Lagi info tentang Restoran Sisik Ikan Bakar :

Facebook : 
Instagram : 
Alamat : 
Restoran Sisik Ikan Bakar 
No 32 Jalan Kasuarina 1/ks7 
Bandar Botanic, 41200 Klang Selangor
Whatsapp : 
019-2263004
016-2240474

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search