Rabu, 7 Ogos 2019

Kisah Naik Hantu di The Axana Hotel, Padang


Kisah naik hantu di hotel berhantu. Oh! seram sangat tak bunyi tajuk entri ini?
Lagi seram kalau korang tengok Bie naik hantu di Hotel ini semasa
percutian kami ke Padang, Indonesia baru-baru ini. Sekaligus, ruin my mood
and my excitement towards this journey. Nasib baik, ini destinasi terakhir
sebelum pulang ke Malaysia, so berpulangan dengan hati yang agak kecewa.

Sebelum bercuti, Bie siap-siap booking bilik Family di The Axana Hotel. Padang.
Bilik Family ni, memang suit untuk 3 orang dewasa, sebab Bie bawa ibu sekali dalam travel kali ini. Selama ni, kalau bawa ibu atau family travel. Bie memang tak pernah ambil extra mattress/bed. Memang akan ambil Family room yang sedia ada bed dalam dia. 
Maksudnya ada 1 kati Queen dan 1 katil single
Setibanya ketika Bie Check in, Bie terus diberikan kad akses bilik dan voucher breakfast
Apa yang Bie jadi pelik, kenapa voucher breakfat tu cuma ada 2 sahaja.

Tup.tup, masa masuk je bilik. Bilik tersebut bukanlah bilik Family Room.
Hanya ada sebuah katil Queen sahaja. Mana 1 lagi katil single. 
Bie pun refuse untuk terima bilik tu sebab ia tidak seperti yang dijanjikan
I pay for Family Room kot, Kenapa pihak hotel berikan double room tanpa
memaklumkan apa-apa kepada Bie masa tu. 

Bila beritahu pada receptionist, baru dia beritahu sebenarnya family room yang kami
booking tu dah penuh! Sekali lagi Bie naik hantu. Kenapa pihak hotel tak beritahu kami 
awal-awal ketika check in di kaunter receptionist?

Tiada upgrade diberikan, hanya kami dipaksa menerima 1 extra mattress (tanpa comforter)
dan bilik yang tidak teratur seperti ini. Toiletries juga bersepah dan tidak mencukupi
Tiba-tiba ada berus gigi di meja kopi

Bilik ini tidak di housekeeping dengan baik ketika kami masuk
jangan-jangan cadar juga tidak diganti. Hmmm..
Masa tu dah tak fikir apa-apa. Jam dah hampir lewat malam, kami fikir nak tido
je selepas penat berjalan-jalan. Tapi, dalam hati tetap ada rasa kecewa
sebab kami bayar bilik ini dengan harga yang bukan murah ya. RM300++ (termasuk tax)
untuk 1 malam adalah satu jumlah cukup besar untuk sebuah hotel di Indonesia
yang bertaraf 4 bintang (kononya)

Hotel yang sewenang-wenangnya memberikan bilik kami kepada orang lain
dan mengambil mudah keselesaan kami tanpa rasa bersdalah sedikit pun
Tiba-tiba memberitahu kami, mereka ada masalah management.
Adakah masalah management perlu diberitahu kepada tetamu anda?

Keesokkan harinya, Bie call receptionist untuk meminta seterika.
selepas 4 kali call dan 1 jam menunggu. Akhirnya kami diberitahu
bahawa hotel hanya mempunyai 1 sahaja seterika dan seterika tersebut
telah dipakai oleh orang lain. Masa tu, Bie rasa macam nak meletup!
Whattttt..????

Hello The Axana Hotel , you're 4 star hotel.
Cuma ada 1 biji seterika.?

Beberapa minit selepas tu, seterika sampai.
Tanpa Ironing Board pulak tu. Do you expect, I iron on your bedsheet?
Kalau terbakar?
senang you nak penalty kan?

Bie sangat-sangat tak recommend The Axana Hotel, Padang untuk
sesiapa yang bercuti ke Padang, Indonesia.
Semasa perjalanan ke Airport, kami ceritakan semua pengalaman ni pada
Pak AD, supir kami. Selepas tu, baru dia buka cerita yang sebenarnya
The Axana Hotel itu adalah Hotel Berhantu bernama Hotel Ambacang yang pernah 
gempa bumi di Padang pada tahun 2009. Ramai yang mati ketika kejadian
Bangunan yang tinggi menjadi rata dan ada juga yang tidak dijumpai

Mujur, ketika menginap, kami tak jumpa benda yang pelik-pelik
Alhamdullilah. Tiba-tiba naik Bulu Roma.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search