Rabu, 26 Jun 2019

Hotel-Hotel Unik dan Menarik di Shah Alam, Selangor

Mungkin ada diantara kita yang nak pergi bercuti, tapi masih tak tahu kat mana destinasi yang menarik, kat mana nak menginap nanti. Hotel? Homestay? Mana 1 pilihan terbaik ni. Komfem  buntu habis kot. Kalau Bie, alamatnya duduk kat rumah jelah sebab malas nak fikir bab-bab merancang percutian.


Sebab apa!? Sebab kalau silap merancang. Huru hara percutian itu nanti dibuatnya.

Contohnya, kalau korang nak bercuti ke Shah Alam, Selangor. Jangan terus terjah je tau! Bahaya, bukan bahaya sebab ada banyak musuh ke apa, bahaya kalau kita pergi 1 tempat tanpa persiapan ilmu/informasi tentang sesebuah tempat tu. Tiba-tiba semua hotel seluruh Shah Alam tu penuh, kan masak!!!

Sekarang sejak internet dihujung jari ni, semua informasi kita boleh SEARCH je. Lebih-lebih lagi ada sebuah website bernama Bagasi.my ni kan? Apa tu???

Website ni jadi website paling penting untuk korang masuk kalau nak merancang percutian ke mana-mana saja destinasi dalam Malaysia. Boleh baca ulasan pengunjung, bandingkan harga hotel/penginapan. Malahan, boleh terus buat tempahan hotel/destinasi/homestay tau!

Terdapat banyak tempat-tempat menarik di Shah Alam, Selangor tau! Walaupun ada diantaranya yang Bie dan keluarga dah pernah jejakkan kaki. Tapi, ada banyak lagi sebenarnya tempat-tempat yang sangat menarik disana. Senang cerita memang tak rugilah! Zaazz je masuk Bagasi.My untuk baca informasi tentang Shah Alam dan ulasan pengunjung-pengunjungnya.

Kalau korang nak tahu, terdepat 23 hotel-hotel yang menarik dan unik disekitar Shah Alam, antaranya ialah;

1. Concorde Hotel

Concorde Hotel Shah Alam
Antara hotel yang terletak di pusat bandar Shah Alam adalah Concorde Hotel. Dengan status empat bintang, hotel ini dapat memberikan keselesaan untuk percutian anda. Yang seronoknya tentang penginapan ini adalah, harganya sangat berpatutan! 
Ada bilik hotel di sini yang berharga serendah RM240 sahaja untuk semalam. Ruang dalam biliknya juga luas, cukup untuk anda bergerak dengan selesa dan bagi tetamu Muslim, mudah untuk anda solat.
23 Hotel Menarik Di Shah Alam Sebagai Penginapan Percutian Anda  Detach
Antara kemudahan lain yang boleh anda nikmati adalah bersarapan di restoran hotel, bermandi-manda di kolam renang yang besar, dan melihat pemandangan cantik bandar raya Shah Alam.
  • Harga - Dari RM240+ semalaman.
  • Alamat - 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam.

  • (Sumber daripada bagasi.my)
2. Pegasus Hotel

Pegasus Hotel Shah Alam
Pegasus Hotel adalah lagi satu hotel di Shah Alam yang sesuai sama ada untuk percutian keluarga, urusan perniagaan atau pun sekadar getaway hujung minggu anda dengan rakan-rakan. Anda mungkin pernah terlihat bangunan hotel ini ketika melalui Lebuh Raya Persekutuan. 
Ia merupakan hotel empat bintang yang amat selesa dan lengkap dengan segala kemudahan. Antaranya adalah seperti kafe (ramai yang memuji keenakan makanannya!), gimnasium, sauna, dan perkhidmatan dobi.
Pegasus Hotel Shah Alam
Kalau anda perlu menghadiri persidangan di Pusat Konvensyen Shah Alam, inaplah di Hotel Pegasus kerana ia terletak berhampiran dengan pusat konvensyen ini (hanya 4 km sahaja). Tempat menarik lain adalah seperti Stadium Shah Alam, Masjid Biru, SACC Mall, dan Taman Tasik Shah Alam.
  • Harga - Dari RM130+ semalaman.
  • Alamat - IDCC Shah Alam Jalan Pahat L 15/L, Dataran Otomobil, Sek 15, 40200 Shah Alam, Malaysia.
(Sumber daripada bagasi.my)

3. Grand BlueWave Hotel

Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Kalau anda gemar menginap di pusat bandar Shah Alam ketika tiba Ramadan mahupun musim perayaan untuk mengunjungi Masjid Biru atau membeli-belah baju raya di PKNS atau SACC Mall, maka amat sesuailah untuk anda menginap di hotel yang seterusnya ini: Grand BlueWave Hotel. Hotel bertaraf lima bintang ini hanya terletak 5 minit sahaja dari masjid jika anda berjalan kaki! 
Walaupun ia kelihatan mewah dan anda mungkin tertanya-tanya tentang harganya, tak perlu risau. Jika anda pandai mendapatkan harga tawaran, harga bilik di sini boleh bermula serendah RM199 sahaja bagi bilik standard!
Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Kemudahannya sudah pasti lengkap. Anda boleh beriadah di kolam renang, mencuba menu makanan Halal Cina dan Jepun di restoran atau bersenam di gimnasium. Ruang biliknya sudah pasti luas, lantainya lembut dengan karpet, dan bilik mandinya dilengkapi dengan alat mandian dan tab mandi.
  • Harga - Dari RM199+ semalaman.
  • Alamat - Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Malaysia.
(Sumber daripada bagasi.my)

Ada berbaki 20 lagi hotel di Shah Alam, Selangor. Korang boleh zazzzz terjah terus website berikut untuk butiran lanjut.



Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search