Rabu, 10 April 2019

Trip & Informasi Percutian ke Sabah

Jeng,jeng,jeng! Ramai juga yang tanya itenary Bie ke Sabah tempoh hari. Bie janji dengan semua yang bertanya tu nak update dalam blog, jadi sekali harung jelah ya. Boleh!? Hehe..

Percutian Bie kali ini adalah hasil perancangan 3 tahun yang lepas. Boleh dikatakan setiap tahun Bie dan Z planning nak bercuti ke Sabah, disebabkan tiket flight ke Sabah ni tak pernahnya nak murah. End-up kitorang pilih pergi Indonesia, lepas tu pergi Indonesia lagi, lepas tu pergi Langkawi pulak, lepas tak pergi-pergi Sabah sampai ke sudah. Seumur hidup, Bie memang tak pernah lagi sampai ke Sabah dan Perlis. Tapi, Bie lebih teringin untuk ke Sabah, sebab Sabah ada Kundasang (Bie suka tempat yang sejuk).


Tahun lepas, Bie dan Z bertekad beli juga tiket pergi ke Sabah tu walaupun mahal. Tapi, disebabkan dijual masa promo, harganya sedikit murah berbanding harga biasa. Bie elakkan pergi masa cuti sekolah takut sesak sangat dan takut kena rate Super Peak. Jadi, ngam, ngam dah habis cuti sekolah. Kami pun berangkat ke Sabah, Negeri dibawah Bayu. Tapi, keadaannya masih sesak juga. Kurang sedikit berbanding ketika cuti sekolah yang sebenar-benarnya kan. Oklah! berikut informasi yang dapat Bie kongsikan

1. Tiket Kapal Terbang
Kami beli tiket kapal terbang ketika jualan murah Air Asia, total tiket 4 (anak-anak semuanya dah lebih daripada 2 tahun) bersama bagasi, meal semuanya lebih kurang +- RM1400

2. Masa yang diperuntukan
Perjalanan kali ini selama 5 hari 4 malam. Bemula pada 3/4-7/4. Bertolak pada petang kira-kira jam 7.00 malam dan sampai di Kota Kinabalu (KK) pada 9.00 malam, perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu agak lama berbanding ke Kuching, Sarawak. +- lebih kurang hampir 3 jam.

3. Perjalanan di Sabah
Bie memilih untuk ke Kota Kinabalu - Kundasang - Kudat - Kota Kinabalu.

4. Penginapan
Disebabkan lokasi dan tempat yang kami lawati jauh dan perjalanan yang agak meletihkan. Tambahan lagi, kami ada anak-anak kecil. Bie ambil keputusan untuk bermalam disetiap tempat yang kami pergi. Berikut penginapan kami setiap malam di Sabah;

Kota Kinabalu - Zara's Boutique Hotel (RM130/malam)
Kundasang - Hounon Ridge Farmstay & Camping, Bundu Tuhan, Ranau (RM90/malam)
Kudat - Kudat Golf & Marina Resort (RM290/malam)
Kota Kinabalu - Promenade Hotel (RM320/malam)

Semua hotel-hotel ni, Kami dah siap-siap booking di Agoda (kecuali Hounon Ridge tak ada dalam Agoda). Dah siap bayar dan tempah. Jadi, sampai sana cuma bagi IC dan beritahu nama je, terus boleh check in. Tak perlu susah payah, pening kepala nak bayar deposit, keluarkan cash dan sebagainya.



5. Pengangkutan
Kenderaan pula, kami gunakan perkhidmatan kereta sewa bersama pemandu sekali. Sebab apa dengan pemandu? Sebab perjalanan jauh sudah tentu meletihkan. Jadi, kalau boleh Bie tak nak husband letih-letih sangat. Niat nak happy dan menikmati percutian sepuasnya, kalau dah letih memandu apa makna percutian tu kan? Jadi, kami pakai kereta Perodua Aruz selama 4 hari 3 malam, bermula pada 4/4/2019. Malam kami sampai di Airport tu, kami terus ke hotel dengan Grab Car, dengan kos RM7 sahaja. Kos Kereta+pemandu+penginapan pemandu +minyak = RM1350




6. Lokasi yang kami lawati
Subuh disini masuk awal ya, jam 6.30pagi tu dah macam 8.00pagi panasnya. Seawal 8.00pagi (dah macam pukul 10.00pagi), kami bertolak ke Kundasang, tempat-tempat yang kami singgah ialah;

1. Rumah Terbalik (Upside Down House), Tamparuli
2. Jambatan Tamparuli
3. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang
4. Taman Negara Kinabalu, Kundasang
5. Signal Hill Observatory Platform, Kota Kinabalu
6. Muzium Negeri Sabah, Kota Kinabalu
7. Ladang teh Sabah, Kundasang
8. Tagal Luanti Fish Massage, Sg.Moroli
9. Pekan Kundasang & Pekan Nabalu
10. Pasar Filipina, Kota Kinabalu
11. Todak Waterfront, Kota Kinabalu
12. Pasar Malam Sinsuran, Kota Kinabalu
13. Tip of Borneo - Simpang Mengayau
14. Poring Hot Spring, Kundasang
15. Kampung Warisan, Kota Kinabalu
16. Arnab Village, Kundasang
17. Pantai Bak-bak. Kudat
(Semua tempat-tempat ini kami akan update 1 per satu ya ke semua details, keunikkan dan harga tiket masuk dan lain-lain)

7. Gadjet yang kami wajib bawa
Handphone sendiri, handphone anak-anak (beri untuk hilang kebosanan sepanjang perjalanan jauh), 2 buah powerbank, drone, tripod, remote shutter, gopro (tak bawa sebab tak ada aktiviti air). Kami tak fokus aktiviti air sebab anak-anak masih kecik untuk skuba walaupon diorang suka sangat berenang. Tunggulah dah besar sedikit.

8. Barangan lain wajib bawa
Extra beg, kalau boleh bawa foldable bag je. Tak sah bercuti kalau beg anda tak beranak pinak kan!? EO bedtime untuk pastikan tiap-tiap malam anak-anak tidur selesa dan lena (yes berjaya) sampai tak nak bangun tidur. Baju yang sesuai dan mencukupi (sebab tak ada masa langsung nak basuh). Maggi cup dan 3 in 1, toiletries penting diri dan anak-anak.

9. Ole-ole wajib beli
Kami tak fokus nak shopping kalau pergi bercuti, jadi tak membeli banyak pun, takut nak membawa baliknya pun 1 hal nanti. Tapi, kami beli ole-ole yang wajib seperti kuih cincin, kuih kekara, amplang, ikan bilis, ikan masin, udang kering, tshirt, keychain, fridge magnet, batik sabah, gelang mutiara sebagai kenang-kenangan.

10. Makanan wajib makan
Sudah tentu seafood mereka yang heaven bak ang!!! Kalau kundasang tu, wajib makan sayur-mayur dia yang fresh tu! Nasi Ayam Lalapan dan banyak lagi. Haiya, nasib baik Bie ke sana time mabuk! tekak memang nak makan western je. Lain-lain rasa tak ada selera. Husband pula, bukan jenis foodie. Jadi kami makan, sekadar merasa je. Bab seafood! memang kami berdua muntah kedarah! Lobster is a must!

Now! dah rasa rindu dengan sabah. Kalau ditanya, entah bila Bie sekeluarga dapat peluang ke sana lagi. Sejujurnya 5 hari 4 malam tak cukup untuk jelajah semua tempat-tempat menarik di Sabah. Itu belum lagi jelajah pantai timur Sabah seperti, Sandakan, Tawau, Lahad datu. Pulau-pulau yang cantik disana pun belum sampai lagi. InsyaAllah, kalau dipanjangkan umur dan diberi peluang. Bie nak ke sana lagi. Habiskan lawat semua tempat yang cantik dan menarik!

Sebagai pemburu mentari, setiap percutian Bie akan tangkap gambar-gambar mentari cantik yang turun dan naik. Bie akan tunggu sunset ditempat-tempat yang unik. Alhamdulilah, tahun ni impian nak tengok matahari terbenam di Tip of Borneo tercapai. Bagi sesiapa yang nak tengok suneset disana. Bie cadangkan, ambil penginapan disana. Jangan balik hari, sebab korang mesti gila-gila penat nanti.
Kebetulan 1 Syaaban 1440H merupakan ulang tahun perkahwinan Bie dan suami yang ke-5 tahun dalam kalender islam. Jadi, kami ambil keputusan untuk sambut disana. Yelah, 2-3 tahun ni asyik sambut dalam bulan puasa je kan (kalau ikut kalender Hijrah), jadi kami sambut ikut Kalender Islam. Sah-sah tak terkena bulan Ramadhan (selamat)

Harap-harap perkongsian Bie dapat bagi panduan kepada sesiapa yang berminat untuk ke Sabah dalam masa terdekat atau masa akan datang. Ini itenary perjalanan Bie dan Z bersama anak-anak kami 2 orang, + (dalam kandungan). Hehehe.. Alhamdulilah..


Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search