Selasa, 9 April 2019

EO Audelia Naturals bukan EO biasa-biasa

Hi semua! Hari ini Bie nak share barangan penjagaan baby yang sangat hangat dipasaran. Siapa ada baby dan anak-anak kecil wajib tahu tentang Audelia Natural ni! Apa Audelia Natural ni ya!? Bagi yang tak tau, Audelia Natural ini adalah 1 jenama rangkaian produk penjagaan bayi. Salah satu produk mereka ialah Essential oil.


Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum kami berangkat bercuti ke Sabah. Zuhaira diserang demam selesema, ketika malam dia memang tak boleh nak tidur sebab hidung tersumbat. Selesemanya jangan ceritalah. Heavy sangat! Bie jadi bimbang kalau-kalau abang dia pun sama-sama berjangkit.

Nasib baik ada audelia Natural - Sniffles, EO Sniffles ni berfungsi untuk congestion relief, works to prevent and relief congestion. Alhamdulillah, bernafas pun kurang bunyi and muka dia pun nampak relief sangat lepas Bie sapu EO Sniffless.



Untuk abang dia pun Bie sapu juga, sapu didada depan dan belakang badan. Lepas tu, Bie ambil EO Immunnity untuk boost immunisasi anak-anak supaya kuat dan kebal melawan serangan penyakit. Immunity ni kena sapu atau massage dekat belakang badan baby and tapak kaki anak-anak. Bie akan sapu, setiap kali selepas mereka mandi dan ulang sapu lagi ketika mereka tidur.



Immunity ni pun sama saiz dengan Sniffles, sebotolnya besar, jenis roll-on dan tahan lama. Harga per botol RM39, Tapi kalau uols beli pek Mummy's Rescue Kit (ada 4 bottle) lebih murah tau, cuma RM149 je. Dalam Rescue Kit ada 4 jenis blend which are Sniffles, Immunity, Bedtime & Tummy.

Anak Bie yang sulung, Naqib ni jenis terbangun dan menangis malam-malam. Sejak guna EO Bedtime, dia tidur lena sangat tak perlu dipaksa-paksa pun nak tidur. Jadi, tidur mama papa dia pun jadi tenang dan berkualiti.!

Masa Bie sekeluarga bercuti, Bie bawa EO Bedtime ni juga tau! Sebelum tidur tu, Bie roll on kat belakang cuping telinga anak-anak. Sebab Bie risau diorang tak boleh tidur dan terjaga malam-malam sebab tak selesa ditempat baru. Nah! lepas kena EO lena betul diorang tidur tau. Lega hati mak nak! hehe.. Dalam fight pun tidur macam atas katil kat rumah.





Selain itu juga, ada 1 lagi EO dalam Pek Mummy's Rescue Kit ni. Iaitu EO Tummy. EO Tummy ni berfungsi memberi keselesaan kepada perut anak-anak. Yelah, budak-budak/baby selalu kembung atau masuk angin. Bie masih amalkan sapu minyak sejak diorang baby lagi. Tapi, bila dah besar ni kita tukar kepada penggunaan EO. Sebab EO berbau wangi dan tidak terlalu panas untuk kanak-kanak.


Dapatkan produk-produk Audelia Naturals di;
www.audelianaturals.com.my
Facebook : Audelia Naturals
Instagram : audelianaturals



Pssstttt... kadang-kadang Bie pun curi-curi guna tau! hehehe.. Alhamdulilah, anak-anak Bie serasi sangat dengan Audelia Naturals. Bie sarankan mama, mummy, ibu, umi semua wajib cuba EO daripada Audelia Naturals ni. Best sangat tau!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search