Sabtu, 16 Mac 2019

DIY Stiker Tag Goodies

DIY Stiker Tag Goodies | 28 February yang lepas, genap Naqib umur 4 tahun. Alhamdulilah! Walaupun sambutannya Bie dan buat sekali dengan adik dia masa bulan 1. Kali ni, bagi Naqib celebrate pula dengan kawan-kawan dia di Brainy Bunch, Bandar Botanic. Mama pon Zaaaazzzz.. pergi GM Klang, beli apa yang patut dan bungkus untuk Goodies Naqib dan kawan-kawan di tadikanya. Buutttt.. biasalah jiwa seorang mama yang suke bebenor men DIY ni kan. Heheheh.. Zazzz juga design stiker untuk ditampal kat goodies bag tu.





Paper bag ni, Bie beli di GM Klang Tingkat 3. Ada bersepah jual kat macam-macam kedai. Cuma korang kena pandai survey untuk dapatkan harga terbaik. Sebab ada kedai jual mahal dan ada yang murah. Kalau saiz macam ni, seketul dalam 60-70sen/beg. Dengan syarat kena beli sedozen. Korang jangan lupa kira tau! kadang-kadang dalam 1 pek tu tak cukup 12 biji beg, nanti korang rugi. Sedih je.

Bie design sendiri sticker kucing tu, ambil gambar dinternet, letak nama dan "Turns 4" dan print atas kertas sticker. Kertas sticker tu, Bie beli kat Shopee je.

Bahan-bahan DIY 

Kertas Stiker (Beli di Shopee)
Printer
Gunting/Paper Cutter

Letakkan goodies dalam ni




Siap!


Gigih mama papa bangun pukul 5 pagi masak untuk bawa ke sekolah. Masak bihun goreng singapore dan ayam goreng je. Hehehe.. Budak-budak punya menu simple je kan?
Bie beli bekas makanan ni, 10 pieces cuma RM3.50 je kat Bake With Yen, Bandar Botanic, Klang

Menu tambahan, Bie goreng Chicken Ball, lepas tu cucuk2 je dengan lidi Happy Birthday tu. Bie beli kat Mr.DIY Rm2.00 je kalau x silap. Boleh cari kat bahagian Birthday Party Stuff

Sekitar sambutan hari lahir Naqib yang ke-4 tahun di Brainy Bunch, Bandar Botanic.











Masa untuk Naqib mengagihkan goodies kepada kawan-kawan! Naqib nampak seronok sangat! Alhamdulilah. Happy Birthday anak sulung mama. InsyaAllah, selagi hayat. Mama akan cuba sedaya upaya memberikan kebahagiaan buat anak-anak mama. Mama tak pernah letih dan lelah buat semua ni untuk anak-anak. Semuanya dah terbayar dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Itu dah cukup buat Mama rasa puas. Syukur.!










Dapatkan Pencil Scarves di www.pencilscarves.com. Sehelai tudung unik yang lain daripada yang lain serta dicipta seperti sebatang pensel. Mahukan kelainan dalam penggayaan tudung anda? Dapatkan Pencil Scarves Sekarang!!! atau whatsapp untuk order http://pencilscarves.wasap.my

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search