Selasa, 22 Januari 2019

Sehelai Sepinggang di Cameron Highlands



Jumaat lepas (18/1/2019), Z kata kawan dia kawin dekat Teluk Intan, Perak. Esoknya, kami pun ke Perak. Jauh betul perjalanannnya, mula-mula Z kata dalam 2 jam setengah je boleh sampai. Tapi, makan 4 jam nak sampai. Masing-masing dah panas pungkoq dalam kereta. Mekap pon cair, baju anak-anak pon dah serabai dah. Mana taknya, kawasannya agak dalam dan terceruk jugaklah. Tiba-tiba je ada perkahwinan dalam taman. Kami sampai pon, semua tetamu dah balik. Cuma ada kawan-kawan rapat Z je yang masih stay.



Tapi ini bukan cerita pokoknya, cerita yang kelakar sangat sampai kami rasa eh! apa kita buang tabiat buat ni? Z kata, "kalau nak balik hari letih jugak ni. Kita patut bermalam, esok baru balik. Naik Cameron Highlands jom".

I seems like whattt, tak bawa barang-barang sehabuk apa pun ni kot. Spek pun tak bawa, sebab pakai contact lens. Semua barang tak bawa tau! Selalunya, Bie akan bawa beg telekung dan beg make up kalau dalam perjalanan jauh. Tapi, bila husband cakap kat teluk Intan. Masa tu, dalam otak kata. Oooo.. dekat je.

Bie just bawa beg kelengkapan anak-anak je. Tapi, that time tatau kenapa terfikir nak bawa baju tidur. Bukan nak bermalam pun. Huuuu rupanya Z ajak unplanning trip. Naik Cameron Highlands plak tu. Dah la iols ni tak tahan sejuk!















Masa otw naik CH tu, Z ajak singgah Tesco Kampar. Beli segala keperluan yang diperlukan je. Nasib baik ada sale dikala nak CNY ni. Murah lah juga T-shirt dan seluar baju kitorang dan anak-anak. Bie dah la pakai baju kurung. End up, kena beli segala baju & seluar bagai. Tudung pula, sambar kat kedai pakistan yang ada dalam tesco tu jugak. Dah tak pilih-pilih pun. Main rentap je apa yang ada.

Bab mata pula, nasib baik ada kedai cermin mata dan Bie beli contact lens yang baru sebab Bie pakai Daily Lens. Nasib baik ada stok tau! Tanjat gegel..



Maka, naiklah kami sehelai sepinggang ke Cameron Highlands buat pertama kalinya.
Haha.. kelakar sangat! Mungkin, ni kenangan kami sekeluarga yang akan diceritakan pada anak cucu 1 masa nanti. Thank you for this moment sayang.

FYI, jangan berani-berani cuba kalau tak ada duit dalam tangan. Its really show me, money is king of everything. Tanpa duit, kita bukan sesiapa dan tak boleh buat apa-apa. Jadi, kita kena selalu bersyukur dengan rezeki Allah S.W.T.

Nak repeat lagi? Nooooooo..

2 ulasan:

  1. sesekali buat uplanned trip macam nie menarik.. Tapi bak kata Bie lah, kena ada duit.. Kalau tak, tak guna juga.. ye dak.. Jenuh tidur dalam kereta je nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Shahida. Soalan pertama Bie kat Z. Ada duit tak!? Kalau x, malam tu jugak kita kena balik. hehe.. Bertapa money is king kan. Baru tahu menghargai..

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search