Persiapan Bercuti ke Kota Kinabalu

by - 1:36:00 PG

InsyaAllah, bulan 4 nanti Bie sekeluarga untuk pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu Sabah. Z dah banyak kali pergi, sampai ke pedalaman dan Gunung Kinabalu dia jejaki itu pun atas sebab buat kerja. Dia kata tak syok, sebab bukan datang Sabah untuk jalan-jalan. So, inilah pengalaman pertama Bie sebelum Bie tutup kamus jelajah Malaysia. Cuma Sabah dan Perlis je Bie belum sampai. Lain-lain alhamdulilah dah sampai. Jadi, sambil-sambil Bie buat perancangan ni, sambil Bie study tentang Sabah, tempat menarik, dan semuanya. Bie akan kongsikan kat sini supaya bermanfaat untuk Bie dan kepada orang lain yang bakal bercuti di Sabah juga.



Untuk trip kali ni, Bie rancang nak jelajah;

Kota Kinabalu - Kundasang - Ranau - Kudat - Kota Kinabalu, sebab apa? Sebab teringin sangat pergi Tip of Borneo kat Kudat.

1. Kelengkapan yang perlu dibawa ke Sabah
2. Hotel di Kota Kinabalu
3. Hotel di Kundasang
4. Hotel di Kudat
5. Tempat Menarik di Kota Kinabalu
6. Tempat Menarik di Kundasang
7. Tempat Menarik di Ranau
8. Tempat Menarik di Kudat
9. Makanan Wajib cuba di Sabah
10. Kamus Ringkas Bahasa Sabah
11. Kereta sewa & Pemandu di Sabah

Zazzzz... Perkongsiannya akan bermula esok!

You May Also Like

2 comments

  1. Wah selamat bercuti. memang kena plan kalau nak dapatkan cuti yang smooth perjalanan nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kalau tak. memang kucar kacirlah perjalanan tu,. hehe

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx