Selasa, 29 Januari 2019

Bercuti ke Sabah? Wajib bawa 5 Barang ini

Bercuti ke Sabah? Wajib bawa 5 Barang ini | Ini entri pertama bagi persiapan Bie sekeluarga untuk mengunjungi Sabah pada April 2019 nanti. Disebabkan ini pengalaman pertama Bie menjejakkan kaki ke sana. Bie nak buat betu;-betul persiapan. Sebab kalau buat perispan cincai buncai, alamatnya memang kucar-kacirlah percutian tu nanti. Z memang dah tahu, Bie ni jenis well planned. Semua benda kena atur elok-elok, sebab jenis tak suka kelam kabut dan last minutes.

Jom kita zazzzz... apa kelengkapan yang perlu dibawa masa bercuti ke Sabah ya!?

1. Dokumen Perjalanan

Ikut pengalaman orang, katanya adalah lebih baik kalau kita bawa pasport. Meskipun, kita hanya melancong dalam negera je. Jadi, Bie akan siap-siap bawa pasport dan mykad, mykid anak-anak

  • Passport
  • Mykad
  • Mykid (anak-anak)
  • Boarding Pass (Tiket Flight)
  • Insurance Document (Travel Insurance)
  • Hotel Booking Reservation

2. Gadget

Ini paling penting, sebab perakam moment penting sepanjang percutian kita;

  • Smartphone (Bie paling suka snap picture pakai smartphone je)
  • Power Bank (2 Biji)
  • Smartphone anak-anak (untuk mereka dikala kebosanan)
  • Sport Camera (Go pro untuk aktiviti dalam air, jika pergi snorkeling atau para gliding) 
  • All related charger
  • Memory card (make sure, memory card tak full ye. Jika full bawa memory card lebih)
3. Ubat-ubatan

Bawa bekalan ubat-ubatan yang basic seperti;
  • Panadol Actifast
  • Wet wipes/Hand Sanitizer
  • Supplement (Kami suami isteri makan Berocca, wajib bawa ke sana sini)
  • Daily Contact Lens (Sebab Bie pakai contact lens)
  • Plaster (1-2 pieces)
  • Minyak Yuyi/Minyak Cap Kapak
4. Pakaian

Disebabkan kami akan ke Kundasang (kawasan sejuk) dan ke Kudat (kawasan pantai). Maka, perlu untuk kami bawa pakaian yang sesuai dengan iklim ditempat berkenaan.
  • Baju sejuk (Kundasang)
  • Poncho (Kundasang), Sekiranya germis/hujan/berembun
  • Stokin, Sarung Tangan
  • Swim Suit (Kudat)
  • Kasut
  • Selipar (crocs)
  • Tudung sarung
  • Beg Hypergear (kalis air)
  • Cermin Mata Hitam
5. Kelengkapan Solat

Di Sabah agak susah untuk dapatkan surau/masjid. Maka, berkemungkinan kita akan solat dimana-mana sahaja. Maka, wajib ada keperluan dibawah untuk memudahkan kita solat.
  • Kompas kiblat (tak risau sebab sekarang dah ada apps)
  • Install aplikasi solat dalam smartphone sebab waktu solat di Sabah lebih awal berbanding tempat lain.
  • Sejadah mini
  • Telekung
  • Stokin
  • Spray Wudhu



Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search