Pakej Jelajah Pulau Pinang yang ke-29

by - 11:18:00 PTG



Apa yang ke-29? 29 kali ke Pulau Pinang ke? Takkkkk

Diam tak diam, Cik Bie dah masuk umur 29 tahun pada 30/10/2018 yang lepas sebenarnya. Maka, terpaksalah say goodbye siap-siap pada umur 20-an dan say welcome untuk umur 30-an. Arrrghh sedih oh!

So, Cik Bie pun bawa hati yang sedih tu ke Pulau Pinang supaya dapat diubati oleh keindahan dan kecantikannya.

Siapa yang tengah pening-pening nak cari tempat bercuti sempena cuti sekolah hujung tahun ni. Pergilah melawat ke Pulau Pinang, tempatnya tenang, cantik, bersih, makanan yang pelbagai. Kebetulan pula Traveloka tengah ada buat promosi “Penang Tour Packages”, pakej ni bukan pakej biasa-biasa, ia pakej kombo Flight dan Hotel dengan 1 harga je. Rugi tak grab! Bila u’ols book Flight+Hotel bersama-sama dalam pakej ni, korang dapat jimat sampai 11.5% daripada harga asal. Memang berbaloi. Siapa yang tak nak bercuti dengan hemat tapi, dapat pengalaman yang bermakna kan?

Ketika percutian baru-baru ni, Bie menginap di Tropics Eight Service Suites. Salah satu hotel yang terdapat dalam senarai Penang Tour Packages di Traveloka. Pakej ini hanya RM302.96 termasuk harga tiket flight dan hotel untuk seorang. Murah dan berbaloi betul harganya kan?



Bilik di Tropical Eight Services Suite super selesa dan besar. Ia sesuai untuk percutian keluarga di Pulau Pinang. Terletak di pinggir bandar Georgetown, memudahkan Bie sekeluarga untuk melawati tempat-tempat menarik di Pulau Pinang.

Kalau ada anak kecil, Cik Bie cadangkan u'ols pilih bilik yang lengkap dengan dapur pantry. Sebab mudah nak sediakan makanan anak-anak, susu, basuh botol dan sebagainya. Di Tropical Eight, biliknya dilengkapi pantry yang ada microwave, kettle dan peti sejuk (peti sejuk 2 pintu tau!)


Sepanjang percutian disana, kami sempat melawati tempat-tempat menarik seperti;
  • Lebuh Armenian
  • Chew's Jetty
  • China House (Longest Cafe in Penang)
  • Bukit Bendera
  • The Habitat
  • Pantai Batu Ferringhi
  • dan lain-lain
Bie sekeluarga sempat singgah di The Habitat di nun puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Tiket masuk untuk dewasa hanya RM47.15 seorang dan kanak-kanak bawah 3 tahun RM28.30. Jika anda bayar dengan apa-apa kad Maybank, diskaun 10% akan diberikan daripada total keseluruhan.

Katanya, sunset disini sangat menarik! Sayang, Bie pergi waktu pagi. Jadi, tak sempat nak tengok sunset disini. Mungkin kita boleh pergi lain kali. Sesiapa sukakan flora dan fauna. The habitat adalah lokasi yang menarik yang wajib untuk anda kunjungi. Bie sempat terserempak dengan Ular, burung, rerama, tupai sepanjang perjalanan menikmati keindahan semula jadi disini

. Pulau Pinang sememangnya popular dengan makanan yang pelbagai dan sedap seperti;
  • Nasi Kandar 
  • Roti Canai 
  • Nasi 7 Benua 
  • Milani 
  • Char Kue Teow Pulau Mutiara 
  • Jeruk Pak Ali dan lain-lain 
Rugi sangat kalau ke sini, tapi tak cuba semua makanannya. Tapi, tengok juga setakat mana u’ols larat nak makan juga, hehe..


Sekian. Love, Bie.

You May Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx