Berjalan Atas Air di Jeti Chew, Pulau Pinang

by - 11:30:00 PTG




Ini merupakan kali Ke-3 Bie datang Pulai Pinang. Selama ni, Bie tak tau pun wujudnya tempat bernama jeti Chew ni. Wow! Amazing sangat. Syukur Bie ambil khidmat tukang beca. Dialah yang bawa kami sampai kesini dan jadi tukang ambil gambar tak rasmi kami.

Masa ke sini, cuaca pulak hujan. Jadi, perjalanan kami sedikit terganggu dek hujan yang datang. Almaklum bawa anak-anak ni diorang suka je main hujan. Kita pulak yang seriau. Tapi, anak-anak Bie sebenarnya tak kisah pun kalau bab-bab main air ni. Air hujan lagilah diorang suka.

Sesekali kami berteduh bawah rumah-rumah di atas Jeti Chew, rumah-rumah tu semua ada yang jadi petempatan mereka, ada yang dah jadi kedai 100% dan ada yang berniaga secara sambilan jual barangan runcit, cenderamata, makanan dan lain-lain. Bagus kan? Pelancongan sekaligus menjadi sumber pendapatan.

Jujur Bie rasakan Pulau Pinang telah berjaya memiliki identiti mereka yang tersendiri dalam memasarkan khidmat pelancongan mereka. Sekali pandang, Bie rasa bukan berada di Malaysia. Pengalaman tu hanya dapat Bie rasakan pabila bercuti di luar negara seperti Indonesia yang sangat mengangkat identiti negara dan bangsanya.

Syabas Pulau Pinang, Bie tak puas jelajah pulau pinang untuk 4 hari 3 malam ni. Rasa nak pergi lagi. Kali ni, Bie ingat nak stay kat Batu Ferrenghi je. Banyak lagi tempat-tempat yang menarik disana. Usaha ni, patut dicontohi oleh negeri-negeri lain.

Tahniah!












You May Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx