Prosedur Tukar Alamat Pusat Mengundi di Pejabat POS

by - 9:25:00 PTG

Selepas prosedur tukar alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), klik sini untuk perkongsian pengalaman menukar alamat di JPN.

Bie akhirnya menukar alamat pusat mengundi di Pejabat POS lepas PRU14. Perkongsian menukar alamat di pejabat POS ini, lain pula ceritanya tau!

Panduan Lengkap Menukar Alamat Pusat Mengundi.

1. Pemohon mestilah hadir sendiri ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar alamat mastautin didalam Cip Kad Pengenalan.
2. Prosedur menukar alamat Cip Kad Pengenalan dikenakan sebanyak RM2.00 dan sehelai resit pembayaran beserta butiran kemasukan alamat baharu akan diberikan. Simpan resit tersebut.
3. Bawa resit butiran lengkap itu ke Pejabat POS untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
4. Anda diminta menurunkan tandatangan pada 2 helaian Borang A (Borang Tukar Alamat Pemilih) yang dicetak oleh petugas kaunter Pejabat POS. Salah satu daripada salinan itu adalah salinan pemilih dan satu lagi salinan pejabat.
5. Pertukaran alamat pemilih di Pejabat POS adalah percuma.
6. Siap!

Pengalaman Bie menukar alamat tempat mengundi hari ini sedikit kalut. tapi, tak apalah. Asalkan pengalaman ini, berguna untuk panduan masyarakat dan rakyat Malaysia khususnya.

Bie bawa kad pengenalan ke kaunter, malangnya prosedur telah berubah. Semasa Suami menukar alamat tempat mengundi beliau di Pejabat POS Bandar Botanic pada Jan 2018. Dia hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja. Lain-lain urusan petugas kaunter akan membaca alamat didalam kat tersebut menggunakan "MYKad Reader".


Malangnya, bila tiba giliran Bie nak tukar pada Julai 2018 ini di Pejabat POS Port Klang. Katanya, tahun ini prosedur telah berubah. Bie nak je pertikaikan, suami saya baru je tukar tahun ni kot. Pelik. Namun, Bie diamkan saja.

Kami diminta membawa salinan resit daripada JPN dan ajukan kepada mereka. Barulah mereka boleh membuat pertukaran. Alasannya, tiada MyKad Reader.

Pergi ke JPN, nasib baik JPN dekat belakang bangunan tu je

Ambil nombor lain dan tunggu giliran lagi

Sedih! Bie sebagai pengamal dalam bidang IT berasa amat sedih. Sistem dibina untuk memudahkan manusia. Menjimatkan penggunaan kertas, mempercepatkan urusan. Namun, manusia juga yang merumitkan urusan. Pokok pangkalnya diri kita sendiri kan?

Maka, Bie terpaksa ke JPN semata-mata untuk minta pihak JPN mencetak resit (Kertas) dan maklumat dalam Cip dengan Kos RM2.00. Kesannya, kertas dan masa telah dibazirkan. Apa gunanya sistem? jika manusia masih sukakan kertas dan mengecop kertas dengan bunyi hentakan kuat "bam.bam.bam" tanda telah mengendos.


Kembali semula ke pejabat pos dan mendaftar alamat baharu dengan mudah. Mujur, ketika tu tak ramai orang. Kalau tak lecak ketiak jugalah dibuatnya.

Kembali semula ke Pejabat POS dan ambil nombor baharu
Pabila anda sudah membuat pertukaran alamat dalam cip, jangan lupa simpan resit ya, jika tak mahu jadi situasi seperti Bie. Bukan apa, mungkin ada diantara pejabat POS membuat SOP yang berbeza. kenapa? Bie tak ada jawapannya walaupon sedia maklum. POS Malaysia dalam Malaysia ni ada 1 je. Namun, masih mengamalkan SOP yang berbeza-beza. Mungkin, ini juga faktor yang perlu diberikan penekanan.

Bawa resit untuk memudahkan urusan anda. Dia minta atau tidak, asalkan anda sudah bersiap sedia. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Anda akan diminta menurunkan tandatangan pada 2 helaian Borang A (Borang Tukar Alamat Pemilih) yang dicetak oleh petugas kaunter Pejabat POS. Salah satu daripada salinan itu adalah salinan pemilih dan satu lagi salinan pejabat.



Sekian.

You May Also Like

1 comments

  1. Akk pun baru tukar alamat mengundi bulan 6 hari tu.. semak online masih dlm proses lagi

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx