Dilema Sakit Lutut pada Usia Muda

by - 10:05:00 PTG

Sakit lutut sering dikaitkan dengan "Orang Tua" kan?


Baru-baru ni, Bie diserang sakit lutut. Mula-mula rasa sikit je. Bie ingat sakit biasa macam sengal urat sebab banyak berjalan. Almaklumlah raya kan? dah la perjalanan pun jauh. Aktiviti tu, wajib! BANYAKKK..

Selalunya, bila Bie sapu Yoko Yoko. Sekejap je rasa sakit tu hilang. Tapi bukan kali ini, kali ni sakit tu rasa kat tulang. Bila bengkok-bengkokkan kaki. Ada rasa bunyi "pop" berulang kali. Risau sangat! Adakah aku ni kena ACL? Semua orang mula buat lawak, sebab apa? Sebab Bie masih muda, mustahil untuk sakit lutut. Hmmm.. sakit ni, kenal tua ke muda ke? Jangan main-main tau!

Apa itu ACL?
ACL atau ligamen anterior cruciate adalah salah satu dari 4 ligamen yang terlibat untuk kestabilan sendi lutut.  ACL terbentuk dari fiber yang kuat. Ia berfungsi untuk mengawal pergerakan sendi lutut yang melampau dengan menghadkan pergerakkan tersebut. Ia juga membantu mengelakkan hyperektensi lutut. (Sumber : MyHEALTH)


Sumber : http://orthoinfo.org.com  

Sumber : http://www.englewoodortho.com


Kalau ACL ni, selalunya berlaku pada orang yang bersukan dan ada kecederaan lutut. Tapi, Bie tak pernah buat semua tu. Apa yang Bie boleh katakan, kemungkinan besar Bie kekurangan kalsium. Kali ni, anak ke-2 Bie memang menyusu badan sepenuhnya. Bie pulak suka main-main makan kalsium (tablet) kejap makan, kejap tak. Maka, mendapat!

Terpaksa juga pergi klinik sebab tak tahan sakit sangat. Hampir seminggu juga solat atas kerusi. Masa tu memang rasa sanga-sangat tak best. Doa kat Allah sunguh-sungguh, aku masih belum puas bersujud padamu. Nak sujud. Nak sujud cium sejadah. Haa,, baru sekarang kita menghargai kepentingan lutut dalam hidup dan ibadah kan?

Subahanallah, Ya Allah. Kaulah maha memberi kesembuhan.

Jagalah kesihatan lutut anda! Syukur, lepas konsisten makan ubat dan pakai Knee Guard tu. Kaki dah kurang sakit. Alhamdulilah..

You May Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx