Cara buat Iklan dengan Involve Asia dengan Mudah

by - 11:22:00 PTG

Sebagai Blogger dan penulis, sudah tentu kita suka menulis kan? Menulis dan menulis dalam masa yang sama, kita boleh buat atau jana kewangan kita secara senyap tau. Macam mana caranya?

Hari ini, Bie kongsikan dulu cara buat iklan dan jana pendapatan menerusi Involve Asia. Apa Involve Asia ni kan?

Bagi sesiapa yang tak ada akaun Involve Asia, buka dulu akaun anda disini. Lepas tu, kembali semula ke blog ini intuk tindakan selanjutnya ya.


Ramai tertanya-tanya, macam mana menulis saja-saja di Facebook, Instagram, di blog boleh dapatkan duit. Rugi, kalau kita sia-siakan peluang ini kan? Jawapannya ialah pengiklanan secara tidak langsung. Bermula dengan kongsikan link-link pengiklanan. Lama kelamaan, kita akan diberi peluang untuk terus membuat promosi pengiklanan secara langsung daripada jenama-jenama terkemuka.

Macam mana?

Contohnya, Kita selalu shopping online di Lazada, 11Street atau gunakan perkhidmatan Photobook untuk cetak buku bergambar kan? Sambil-sambil kita kongsikan buku bergambar yang kita buat tu, kita boleh jana duit daripada post kita di Facebook tu. Jadi, itu bukan post biasa untuk dikongsikan bersama kawan-kawan, tapi setiap kali kawan-kawan kita buka link itu dan buat pembelian. Kita mendapat bayaran daripada Involve Asia. Bayaran terus dikreditkan ke dalam akaun kita dalam tempoh 45hari

Contoh posting di Facebook

Dapat jana komisyen daripada pembelian setiap orang yang klik link yang kita kongsikan itu


Macam mana nak dapatkan link tu?
 Masuk dalam laman web Involve Asia lepas tu klik menu "Browse Merchants" seperti dibawah


Masukkan nama merchant yang kita nak pilih, Disini ada pelbagai pilihan merchant, contohnya Bie masukkan "Photobook"

Pilih "Photobook (MY)" ye



Setelah itu Klik "Get Link", dia akan pop-out seperti berikut;


Klik "Generate" dan tick Shorten Link untuk memendekkan link berkenaan dan anda boleh copy link itu untuk di letakkan dimana-mana. Atau terus saja share di Facebook, twitter dan Whatsapp dengan menekan butang share disebelah kanan skrin.

Lepas tu, tunggu je payment komisyen masuk dalam akaun Involve Asia anda.


Selesai! Selamat mencuba dan berusaha, Ada rezeki tak kemana kan. Tapi, kita juga perlu berusaha. Semoga Allah luaskan rezeki saya dan rezeki kalian juga :)

Sekian.

You May Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx