Gelagat Lucu di Tateh Fashion Show 2018

by - 6:36:00 PTG

Assalamualaikum W.B.T

Sabtu lepas 31/3/2018, Bie sekeluarga berpeluang untuk memenuhi jemputan daripada Tateh Malaysia ke acara tertutup "Tateh Fashion Show 2018" yang diadakan di Mega Glory Hall, Ostia Bangi, Bandar Baru Bangi. Sejak dah jadi Mak-Mak ni, Bie memang suka sangat dengan fesyen anak-anak yang sudah tentu sangat comel dan cantik. Terutamanya pabila pakaian tersebut digayakan oleh putera dan puteri cilik kami ini. Boleh dikatakan setiap bulan Bie akan membeli-belah baju anak-anak dan barang-barang keperluan mereka.


Tateh merupakan salah satu butik kegemaran Bie dan suami untuk membeli kelengkapan anak-anak kami. Semasa fashion show ni, model-model cilik yang comel yang bermacam keletah mencuit hati telah memperagakan pelbagai rekaan, dan koleksi pakaian kanak-kanak dan ibu yang sesuai digayakan pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi. Sepanjang pertunjukan fesyen, ada kanak-kanak yang tidur, yang menangis, yang berlari, excited, dan bermacam-macam aksi yang mencuit hati. Para penonton pula sangat terhibur dengan telatah mereka.



Keadaan diluar dewan, sebelum majlis berlangsung

CEO Butik Tateh Malaysia, En.Haiqal Murad juga sudah berpesan pada ucapan pembukaan majlis, bahawa majlis ini tidak akan dijalankan dengan mengikut protokol peragaan fesyen. Almaklumlah, faham-faham sajalah keranah anak-anak kecil kan? hehe.. Kita semua sudah sedia maklum.



Fesyen Kanak-kanak daripada Eiman's Kids, Fathiya's Dream, Koleksi Butik Tateh Tropika dan Tateh Raya,




Disamping peragaan pakaian, model-model turut memperagakan koleksi Beg daripada Storksak, Zip & Zoe dan Babymel yang memikat jiwa si ibu yang sukakan gaya kasual dan mewah, serta anak-anak yang kiut dengan beg sekolah, beg makanan yang comel.

Antara penaja-penaja yang berkolaborasi bersama Butik Tateh Malaysia dalam "Tateh Fashion Show 2018"  kali ini ialah By CikGebu, OTOMO, Pump It, Ajwa,Sofi Sofian, Olemera, Babylicious, Mini Pod, Babyking, Mak yang, MIMOSA, Fiza Shower, Gabag, Como Tomo, El-Zahraa Kids, Tropika, DooDeen, Zip & Zoe, Eiman's Kids, KIDIA Wear, Babymel, Storksak, 40 Weeks, Fathiya's Dreams.



Semasa pertunjukan fesyen ini juga, Bie sempat merakamkan gambar-gambar model yang memperagakan koleksi terbaru daripada Butik Tateh iaitu Koleksi Raya (Tateh Raya Collection) dan Koleksi Raya Tropikal (Tropical Raya Collection), Koleksi Kebaya Kurung dan Tunic daripada Fathiya's Dreams dan Eiman Arabic Kurta daripada Eiman's Kids.

Sumpah! Rambang mata Bie tengok fesyen kanak-kanak yang direka dengan desain-desain terkini, sesiapa berminat untuk beli. Boleh terus ke butik-butik Tateh yang berhampiran anda






Ada cabutan bertuah! Tapi, Bie tak berapa bertuah pula. Hehe
Bila rambang mata. Maka, si emak pun terbelilah koleksi tudung kanak-kanak daripada Fathiya's Dreams yang kebetulan membuka booth disana. Bukan setakat beli 1, tapi 2 helai terus untuk Si Bunga Zuhaira kami. Disana, terdapat 2-3 booth lain juga disana antaranya Booth Babymel London, fathiya's Dreams dan sebagainya.


Terima kasih Butik Tateh untuk Goodie Bag yang bernilai RM200 ini

Untuk membeli barangan di butik Tateh dan maklumat lanjut mengenai produk, boleh ke lawan web Butik Tateh dan Facebook Butik Tateh-Keperluan Ibu dan Bayi. Jika tidak mahu terlepas berita dan maklumat penting promosi hebat, cepat-cepat follow Instagram Butik Tateh ok!?

Bye!

You May Also Like

2 comments

  1. bie, kurta ayah & anak tu smart gak.. kain ok tak bie? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia jenis cotton satin Rad. Best menyerap peluh!. hehehe..

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Bie Mohd. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx