Tips Menghadapi Ujian Putus Tunang

by - 7:46:00 PTG

Subahanallah, Allahuakbar! Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.

Mendengar kisah artis Elfira Loy dan Sufian Sulaiman, upsss.. Sufian Suhaimi putus tunang baru-baru ni. Bie jadi terpanggil untuk menulis entri Tips Menghadapi Ujian Putus Tunang hari ini.


Putus tunang! Siapa takut? Siapa kita untuk melawan takdir dan kekuasaan Allah S.W.T

Wahai wanita/lelaki diluar sana, Jangan pernah takut untuk putus tunang. Jangan pernah takut untuk merasa kecewa akibat putusnya tali pertunangan. Jangan diteruskan dengan ikatan perkahwinan jika anda sendiri merasakan segalanya tidak akan berjalan lancar. Jangan biarkan diri anda merana dalam perkahwinan yang tidak membahagiakan dan penuh dengan kesakitan.

Bie bukanlah pakar motivasi yang pandai-pandai je nak memotivasikan orang. Tapi, pengisian entri kali ni biarlah membawa manfaat kepada sesiapa yang memerlukan kekuatan untuk memutuskan suatu keputusan sama ada perlu atau tidak memutuskan ikatan percintaan/pertunangan. Sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi dan memberi panduan kepada orang-orang yang memerlukan secara langsung atau tidak langsung Berikut adalah serba sedikit tips yang Bie dapat kongsikan jika anda menghadapi masalah dan ujian daripada Allah s.w.t ini.

InsyaAllah, masa 3 bulan "La Tahzan" (Tiada lagi kesedihan)

Tips 1 : DOA.DOA.DOA

Merintih dan mengadulah segala perkara yang terbuku dihati kepada Allah s.w.t dengan mengunakan medium doa selepas solat dan solat-solat sunat

Sesungguhnya, dia maha mendengar. Terkadang tak seharusnya setiap masalah yang kita hadapi secepatnya kita nak cerita kepada orang. Paling pun orang akan beri respon, "Sabarlah.." Ceritalah banyak manapun pada orang. Apa yang kita rasa tak lah meringankan kesedihan kita pun.

Kenyataannya ialah tak semua orang akan menyenangi dan menyukai Setiap butir kata yang keluar daripada mulut kita meskipun itulah kenyataan dan hakikat yang sebenar. Sesungguhnya, kebenaran itu adalah hal yang menyakitkan kan? Bimbang.nanti-nanti timbul pula masalah lain yang lebih menyedihkan dan mengusutkan fikiran kita yang sudah sedia terganggu.


Bagi Bie, Cukuplah semua perkara tu diadukan kepada Allah s.w.t kerana hakikat seorang muslim/muslimat itu ialah menunjukkan sebenar-benar sifat lemah dan kehambaannya ketika dia berhadapan Allah s.w.t. masa didepan Allah lah kita tunjukkan siapa diri kita macam mana kita nak meraung ke, menangis, mengadu, merintih. Buatlah.. dia sentiasa mendengar. Kenapa tidak kita mengadu pada Allah kan? Berusaha untuk memaafkan si dia dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam ujian anda ini. Sesungguhnya memaafkan adalah hal yang paling sukar bukan? Jika anda mampu memaafkan mereka. Anda adalah orang yang hebat! Tak semua orang mampu dan hebat seperti anda. Tindakan itu dapat segerakan proses penyembuhan hati anda. Percayalah!

Sebab Dia dah berfirman;


 Maksudnya :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai 
Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) 
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. 
Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), 
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Surah Al-Baqarah, Ayat 186

Allah mengatakan yang Dia tu adalah hampir dengan kita hampir maksudnya dekat/rapat/akrab/karib. Maksudnya macam kawan kita paling rapat dan orang paling dekatlah yang tahu segala macam benda tentang kita Jadi pokok persoalan yang tak perlu dipersoalkan adalah Allah itu adalah yang paling hampir dengan kita dan mengadulah dengan Dia. Selepas itu, secara tidak sedar Allah akan susupkan suatu ketenangan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata ketenangan yang mendamaikan hati dan fikiran kita masalah itu akan terbang dengan sendirinya dan membuat kita tidur dengan lenanya.

Tidur yang cukup juga memainkan peranan ya kawan-kawan Kalau tidur tak cukup, sistem ketahanan tubuh akan lemah. Bila lemah, kita akan mudah emosi dan menangis. Bila mudah emosi..syaitan suka, sebab tulah dia menggoda suruh buat benda-benda Bodoh. Cederakan diri sendirilah, bunuh dirilah (Nauzubillah)

Cuba kita ambil iktibar kisah Nabi Yaakub a.s ketika dia menghadapi kesedihan kehilangan anak kesayangannya Nabi Yusuf a.s. Baginda mengatakan;


Maksudnya :
Ya´qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah 
aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, 
dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya".
Surah Yusuf, Ayat 86

dan

firman-Nya lagi


"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita 
apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, 
serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami
dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?
Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)."
Surah Al-Naml, Ayat 62

Tips 2 : Elakkan termenung dan menyendiri 

Positifkan diri Anda! Dalam keadaan begini, kita tak seharusnya menyendiri. Bila kita termenung, secara tidak langsung kita akan mengenang, menyesali dan akhirnya tanpa kita sedari, kita akan menyalahkan takdir. Sedangkan ini adalah ujian daripada Allah buat kita yang sejak dahulu (lahir) lagi sudah tertulis di Luh Mahfuz.

Maka, Keluarga dan kawan-kawan adalah medium (insan) terpenting dalam kita menangani masalah ini. Jangan nafikan mereka dalam kehidupan anda. Ajaklah mereka berbual (selain hal kesedihan) wujudkan satu perbualan dan aktiviti yang menggembirakan bersama mereka, bina suatu hubungan yang akrab lebih daripada biasa bersama mereka kerana mereka sentiasa ada bersama kita. sentiasa membantu dan memberi semangat.

Jika anda seorang diri, pergilah ke mana-mana masjid yang berdekatan. Kadang-kala, masjid-masjid ada menjalankan program-program keagamaan, ada pusat dialisis, ada kelas-kelas mengaji. Pergi ke sana, penuhkan masa anda dengan aktiviti yang baik, sekaligus anda akan dapat kawan-kawan baru.


Tips 3 : Rempuh! Jangan lari

Pendekatan melarikan diri daripada masalah, pergi bercuti tenangkan fikiran, lari pergi London, menghilangkan diri macam dalam drama dan filem-filem tu bukanlah sesuatu yang perlu kalian contohi. Itu tindakan orang-orang yang kalah!

Masalah sedia ada didepan mata anda! Persiapkan diri dengan kekuatan dan rempuh masalah itu. Sampai bila anda mahu hidup dalam bayang-bayang masalah itu? Betul tak?Maksud merempuh disini ialah, Bila orang tanya, betul ke awak dah putus tunang? jawab saja 'Ya'. Tidak perlu malu, atau rasa diperlekehkan. Putus tunang? Siapa takut?

Dekatkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan cuba keluar daripada masalah dan hadapi masalah dengan cara yang bijak. Jangan pernah lari daripada masalah, seperti berkurung dalam rumah, menyendiri, murung kerana takut dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat takut dengan cemuhan dan kutukan mereka terhadap diri kita.

Memang, Bie akui. Masyarakat akan pandang serong kepada perempuan yang putus tunang. Jika putus cinta tu, sudah menjadi suatu perkara biasa. Tetapi, bukan untuk putus tunang dugaannya terlalu besar dan berat. Terutamanya bagi perempuan. Tapi, persepsi masyarakat yang jumud ini sukar diubah. Mereka tidak mengetahui perkara yang sebenar dan hanya tahu menuding jari dan membuat andaian yang tidak berasas. Berat, memang berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul Dalam keadaan kita diuji, kita ditimpa juga dengan dugaan fitnah daripada orang-orang seperti ini Apa yang pasti adalah kita, kita yang perlu kuat dan tabah.

Positifkan diri semaksimum mungkin. Buang anggapan buruk masyarakat jumud itu dari akar fikiran kita, setkan dalam minda bahawa tidak semua masyaraat diluar sana berfikiran begitu kebanyakkan mereka kini sudah berfikiran terbuka. Masyarakat kita sudah terdidik dan moden jangan bimbang!

Tips 4 : Tingkatkan keyakinan diri

Berani menghadapi semua masalah dengan tabah kerana keberanian itu menunjukkan kebenaran "Berani kerana Benar" Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segalanya Kemurungan dan ketakutan adalah permainan perasaan yang wujud daripada godaan syaitan. Selain itu, Kita menjadi begitu, akibat konflik dalaman diri yang sukar menerima hakikat dan kenyataan yang menyakitkan dan memalukan ini. Tapi, sedarlah. Semua itu bukan penyelesaian, Ia hanyalah suatu beban yang akan selalu kita bawa selamanya Silap hari bulan, terpaksa makan ubat anti-depression atau lebih dikenali sebagai Pil penenang yang selalunya dimakan oleh Orang Gila Mahukah jadi seperti itu? Tidak ada siapa yang dapat membantu kita selain daripada diri sendiri Dalam menghadapi kemelut dan konflik yang berlaku, jika kita terus menerus menyalahkan takdir, lari daripada masalah Takut dengan cemuhan orang Buang beban itu, campakkan dia jauh-jauh dengan cara ini. Keluar dan berhadapan dengan masyarakat dengan lebih berani Jangan pernah menyendiri, kerana kita tak pernah sendiri

Tips 5 : Jangan pernah serik/takut untuk bercinta lagi.

Ini tips terpenting! kadang-kala, kita merasakan dunia seakan-akan sudah kiamat bila ujian dan musibah ini ditimpakan atas kita. Tapi, sebenarnya Allah mengangkat darjat kita disisinya 1 tingkat lagi (hubungan kita dengan Allah sahaja, hanya Allah sahaja yang tahu). Jangan kita serik, jangan kita takut untuk bercinta lagi. Allah itu baik! Allah itu terbaik! Dia selalu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Binalah hubungan dengan lelaki/wanita yang lain. Sementara itu, buatlah amalan "Solat Istikharah" dengan penuh pengharapan, supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita didunia dan akhirat. Jangan membujang lama-lama, dan buang masa meratapi segala yang telah berlaku. Pandang ke depan. Melangkah dengan yakin dan berani mengatakan.

Ya! Aku juga berhak untuk hidup bahagia seperti orang lain. Teruskan perjuangan anda demi kebahagiaan itu.


Segalanya dengan berkat pertolongan daripadanya. Mintalah!

Alhamdulilah, sampai disini sajalah tips-tips yang dapat Bie kongsikan. Moga ianya bermanfaat dan dapat membantu memulihkan kembali hati dan semangat untuk terus hidup dibumi Allah s.w.t yang sesungguhnya indah dan mendamaikan.

You May Also Like

2 comments

  1. nice tips bie.. memang ujian yang berat kalau putus tunang.. tapi apa-apa pun memang kena kuatkan semangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nurul.. Seberat mana pun ujian yang datang. Allah tahu kita mampu untuk memikulnya kan?

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Bie Mohd. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx