Tips ke Zoo Negara

by - 12:21:00 PG

Bie dan anak-anak memang dah lama merancang untuk melawat Zoo Negara. Bie seumur hidup memang tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Almaklum, kami hidup di tempat lain. Bila dah besar ni, hidup berhijrah. Maka, hujung minggu yang lepas, dapatlah merasa jalan-jalan riadah bawa anak-anak ke sini.

Tambahan lagi, Zoo Negara berikan tiket percuma kepada sesiapa yang lahir dalam bulan Februari. Pap! kebetulan, anak sulung Bie lahir pada 28 Februari. Maka, bayaran untuk seorang kanak-kanak dikecualikan, Jimat RM26..



Untuk sesiapa yang mahu lawat Zoo Negara pada cuti Chinese New Year ni. Berikut beberapa tips yang dapat Bie kongsikan buat tatapan semua. Tips ke Zoo Negara

1. Pergi pada 1 tarikh pada bulan kelahiran anda/anak-anak anda.

Bayangkan kalau anda lahir bulan 2, anak-anak juga lahir pada bulan 2. Maka, 1 keluarga anda layak untuk dapat tiket masuk ke Zoo Negara secara percuma. Bebaloi kan?







2. Bawa kad-kad berikut untuk mendapatkan diskaun 10%

Jika anda ada kad-kad berikut, sila pamerkan ketika membeli tiket dikaunter ya. Anda layak diberikan diskaun sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan pembelian tiket.



3. Bawa bekalan makanan/minuman

Rajinkan diri untuk masak bekalan daripada rumah. Tak kisahlah goreng nugget ke, ayam goreng ke, nasi goreng ke. Bawa siap-siap dalam beg untuk dibawa masuk ke dalam Zoo. Makanan dibenarkan masuk kecuali makanan yang dibungkus dengan polisterin. Pastikan anda menjaga kebersihan ya. Jangan suap binatang dengan makanan pula. Setakat makan untuk hilang lapar dan minum dikala kehausan. Simpan stamina jika anda mahu berjalan sepenuhnya didalam zoo.

Kalau nak beli, didalam zoo pun ada sediakan gerai menjual makanan dan minuman. Sedia duit sahajalah, sebab harga disana sudah tentu jauh lebih mahal. Ehemm... hehe Jadi, pagi-pagi Bie gagahkan diri masak nasi goreng, goreng nugget, goreng pau dan makanan Zuhaira. Air sahaja, kami beli disana









4. Takut letih berjalan kaki

Disana ada menyediakan khidmat trem, RM8 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak). Mudah, tak perlu berjalan kaki. Bie dah husband memilih menggunakan trem. Sebab? masing-masing malas nak jalan. Hehe.. Terbaik!Hehe.. 2 orng dewasa dan 1 kanak-kanak, total RM21





Tiket akan dikoyak dua macam ni. Jangan lupa simpan separuh lagi. Sebab dia mahu lagi separuh ni pada check point ke-2. Kalau hilang? alamatnya kena jalan kaki lah menapak balik ke gate utama. Hehe




5. Persembahan haiwan pada pukul 11 dan pukul 3,

Jika anda mahu memonton persembahan haiwan (singa laut) sila datang pada range masa 11 pagi atau pukul 3 petang. Masa ni, kami malas nak tunggu hingga jam 11 pagi, sebab takut mula lambat. Nak explore binatang pula dah tengahari. Cuaca akan panas dan tak selesa. Jadi, kami tak pergi tengok persembahan tu. Tak apalah, insyaallah. Anak-anak membesar sikit masa lagi. Kami pergi lagi. Hehehe..

 

















Melawat PAPA Giant Panda











Selesai sudah Tips ke Zoo Negara. Selamat bercuti!

You May Also Like

3 comments

  1. Kenapa cantik sangat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zoo Negara memang cantik! Sila berkunjung ke sana! :) Pasti tak menyesal. hehehe

      Padam
  2. stroller boleh bawa ke semua tempat dlm zoo ke? leceh tak kalau bawa dua stroller utk dua kanak2?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx