Filem Queen of Katwe - Sebuah Kisah Benar daripada Uganda

by - 9:54:00 PTG

Pabila suami suka menonton filem adaptasi daripada kisah Benar. Bie pun ikut sama terpengaruh!

Nah! "Queen of Katwe" Ini salah satu cerita yang Bie cadangkan untuk kalian tonton bersama keluarga. Sebuah filem yang penuh inspirasi disebalik kehebatan pengarah bermain dengan latar tempat yang mampu membawa mood yang berbeza-beza.



Katwe merupakan sebuah perkampungan di Kampala, Uganda. Filem ini mengisahkan tentang perjuangan berterusan seorang budak bernama Phiona yang dilakonkan dengan baik oleh Madina Nalwanga yang berusia 10 tahun ketika itu. Dia hidup bersama ibunya Nakku Harriet (Lupita Nyong'o) dan adik beradiknya disebuah rumah yang boleh diibaratkan seperti sebuah kotak yang sederhana besar dan hanya ditutupi oleh perca-perca kain yang usang dimamah hari.

Kehidupan dia dan adik beradiknya hanyalah membantu ibunya menjual air dan sayuran di pasar. Pada suatu hari, Dunianya berubah apabila dia bertemu dengan Robert Katende lakonan David Oyelowo pada program Misionaris, sebuah program dakwah mereka disana. Katende telah mengajar anak-anak perkampungan tersebut untuk bermain catur. Phiona yang pada awalnya malu dan takut, mula memberanikan diri mendekati dan belajar untuk bermain catur. Dia akhirnya terpesona dengan catur dan terus melakar kemenangan demi kemenangan.


Selepas beberapa tahun, Phiona telah terdedah dengan persaingan, tekanan, dan isu identiti peringkat tinggi. Bagaimana dia menghadapi perubahan itu? Mampukah dia menerima tekanan? Saksikan bagaimana catur mampu memberikan dia pendidikan, baik secara formal maupun tidak formal dan bangkit daripada bermimpi untuk melarikan diri dari kemiskinan untuk dirinya sendiri, ibu dan adik-beradiknya. Ada beberapa scene yang menyentuh hati dan membuatkan Bie menangis. Mungkin anda juga dapat merasainya selepas menonton filem ini.

Rating Filem yang boleh Bie beri untuk filem ini ialah 90/100.



Selamat menonton!

**Untuk review-review lain tentang filem, follow #BiexFilem di Instagram ya! :)

You May Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx