Resepi Sangkaya Boat Noodle Sedap

by - 12:34:00 PG

Siapa pernah makan Sangkaya kat Restoran Boat Noodle? Roti dikukus dalam balang rotan dan dimakan panas-panas bersama kaya pandan yang manis lemak berkrim.


Wajib bagi Bie dan suami order menu ini, setiap kali kami makan disini. Padahal roti je pun kan? Hehehe.. Akhirnya terpacul pertanyaan daripada suami.Kita tak boleh ke buat macam ni kat rumah?

"Of cause boleh bang!"

Maka, cari punya cari. Bie terjumpa resepi buat sangkaya ni dalam Facebook. Bie cuba resepinya, dan abadikan resepinya disini untuk rujukan akan datang dan semua yang membaca blog Bie.

Bahan-Bahan

100ml Susu Cair*
1 cawan santan*
1 cawan susu pekat manis*
1 1/2 sudu besar gula pasir*
1/2 Gula Melaka
5 helai daun Pandan (dikisar, ambil air sahaja)*
Sebiji telur*
3 sudu kecil Tepung jagung
Pewarna Hijau
secubit garam





Cara-cara

1. Sebelum api dihidupkan, gaul ke semua bahan bertanda * dalam 1 periuk.
2. Selepas sebati, hidupkan api perlahan.
3. Kacau adunan, masukkan gula melaka. Sementara itu, bolehlah kukus roti didalam pengukus.
4. Selepas gula melaka mencair sepenuhnya. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh sedikit air hingga larut
5. kacau hingga adunan sebati dan kelihatan mendidih.
6. Tutup api dan sedia untuk dinikmati dengan roti kukus yang panas!







Siap minum petang! Yok!

You May Also Like

2 comments

  1. Wah.. terima kasih ats perkongsian

    BalasPadam
  2. Ya Allah
    sedapnya
    teringat makan roti dengan kaya dekat boatnoodles
    siap order lebih lagi
    hahaah

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx