5 Tips Percutian Keluarga Ke Cameron Highland

by - 6:00:00 PG

Diam tak diam, alhamdulilah anak ke-2 Bie telah menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Sekejap je adik Zuhaira dah setahun. Mama rasa, belum hilang lagi kenangan bersalinkan adik! Sekarang ni, adik dah pandai macam-macam. Dah berdiri, dah nak pandai berjalan, gigi dah ada sebatang. Hehe..



Kalau masa nak sambut birthday abang Naqib, Bie dah bersiap sedia persiapan buat majlis a.k.a parti sambutan hari jadi kat rumah. Masa tu, kawasan perumahan Bie belum padat sangat macam sekarang. Excited nak sambut hari jadi anak pertama kan? Anak ke-2 ni, suami tak syorkan buat sambutan kat rumah. Bie pun pening nak celebrate kat mana. Pening kepala cari event space. Sambil dok cari-cari pakej terbaik untuk event space. Tiba-tiba suami spark idea nak pergi bercuti dengan keluarga. Alang-alang boleh sambut hari jadi pertama Zuhaira sekali.




Alhamdulilah, perancangan ini berjalan lancarnya. Sambil itu, Bie pon kumpulkan Tips Bercuti bersama keluarga sambil menyambut ulang tahun kelahiran buat rujukan untuk diri Bie sendiri dan untuk semua yang memerlukan. Mana tau, uols pun ada perancangan nak sambut hari lahir sambil bercuti juga kan? Hehehe..

Ini pertama kali Bie dan suami merancang sambutan hari lahir di Cameron Highland. Disini Bie kongsikan sedikit perancangan kami, perancangan ringkas saja, sebab sambutan ini hanya melibatkan keluarga kami sahaja dan diraikan secara sederhana dan tertutup.

1. Lokasi yang sesuai 

Pemilihan lokasi yang sesuai amat penting kerana kita memerlukan persetujuan semua pihak untuk merancang 1 percutian. Kali ini, Bie dan suami memilih Camaron Highland kerana kawasannya yang lebih strategik dan mudah bagi semua pihak. Keluarga Bie daripada Johor dan Keluarga Suami daripada Kelantan. Maka, kami bertemu di tengah-tengah. Hehe. Lokasi juga sesuai untuk kami dan adik ipar yang mempunyai anak-anak kecil

2. Tempah homestay yang sesuai

Percutian kali ni, Bie tempah homestay 1 bulan awal di Airbnb. Kenapa Airbnb? Bagi Bie, Airbnb lebih mudah dan details berbanding rangkaian penginapan yang lain, lagipun kita boleh terus berbual atau menghubungi owner secara terus dengan aplikasi yang diberikan. Bie memilih Hayfa Homestay di Golden Hill, Cameron Highland sebab lokasinya yang strategik, berdekatan dengan pasar malam. Hanya perlu jalan kaki sahaja dan mempunyai 4 bilik dan 3 bilik mandi. Sesuai untuk keluarga kami.

Malangnya, Hayfa Homestay tidak menyediakan keperluan tilam dan bantal yang lebih seperti homestay-homestay yang lain. Namun, keperluan dapur juga lengkap.


3. Penyediaan makanan ringkas dan segera

Kami bawa makanan yang segera dimasak sperti maggie, sardin, ikean kering, kuih segera yang mudah digoreng, teh, kopi, susu dan sebagainya. Almaklum, duduk homestay. Keperluan macam tu semuanya tak ada. Maka, siap sedia bawa daripada rumah supaya tak kelam kabut nak beli kat atas sana. Masa pon dapat dijimatkan. Kami hanya beberapa kali sahaja makan diluar selebihnya kami masak bersama-sama di Homestay. Adatlah begitu kan? Nak makan, kenalah masak bersama-sama. Takkan tunggu makanan terhidang depan mata secara magik. Nama pun percutian keluarga.





4. Rancang jadual dan itenari percutian

Itenari percutian amat penting untuk merancang masa perjalanan anda menjadi teratur. Walaupun tidak 100% Bie follow dan sempat ikut itenani itu. Ia amat membantu Bie dan suami merancang percutian kami sekeluarga. Bie masih tetap amalkan perancangan ini, walaupun hanya melibatkan percutian keluarga kecil kami sahaja.


5. Rancang waktu percutian

Perancangan waktu ini paling mencabar. Kadang-kadang kita hanya mampu merancang, dan hanya Allah yang dapat menentu kan kan? Tetapkan 1 tarikh untuk kita pergi bercuti. Selebihnya, war-war pada ahli keluarga supaya mereka dapat merancang cuti dan masa mereka untuk percutian ini. Percutian kali ni tak kurang cabarannya bila saat akhir adik bongsu En.Suami tak dapat cuti pada hari Ahad atas desakan kerja dan Adik Bie pula tidak dapat turut serta kerana tdak dapat cuti daripada majikan beliau. Apa-apa pun, kita berusaha yang semampunya agar semua ahli keluarga dapat turut serta dalam percutian yang akan datang. InsyaAllah.





Jeng.jeng.jeng lain daripada yang lain. Bie tak pernah terfikir nak sambut birthday Zuhaira sambil bercuti bersama keluarga kami. Suami bincang-bincang dengan family dia dan Bie pun bincang-bincang dengan family Bie, Kami pilih Cameron Highland. Sebab apa? sebab Bie dan Suami memang suka pergi sana dalam range Januari-Februari sebab waktu ni memang musim sejuk.


Tepat seperti jangkaan, kami ke sana dikala 1 Malaysia dilanda musim sejuk. Di Johor dan Kelantan, suhu boleh mencecah 21-23 darjah celcius. Bayangkan ketika kami tiba di Cameron Highland, amat jarang untuk kami dapat pengalaman merasai kesejukan serendah 13-14 darjah celcius. Waktu tengahari suhu 17-19 darjah celcius sahaja.

Okey! Terima kasih kerana sudi membaca.



You May Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Bie Mohd. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx